CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemburu Nampak Mesej, Lelaki Tikam Leher Teman Wanita Dengan Gunting Depan Anak

15-2-2023 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 542| Komen: 1

Seorang lelaki dari Pattaya, Thailand bertindak menikam leher teman wanitanya menggunakan gunting di hadapan anak lelaki mereka.

Thaiger melaporkan, kejadian tersebut berlaku selepas lelaki tersebut menjadi marah apabila mendapat tahu kekasihnya itu menghantar pesanan ringkas kepada lelaki lain di mukim Nong Prue, daerah Bang Lamung.


Polis dan anggota penyelamat bergegas ke apartmen pasangan itu. Mangsa yang hanya dikenali sebagai An, 36, mempunyai kesan tikaman di lehernya berhampiran telinga kanannya. 


Foto: The Pattaya News

Mereka turut menemui kesan darah dan tanda-tanda pergelutan di apartmen itu, namun suspek, Mos, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia kemudian ditahan polis.

Menurut portal berita The Pattaya News, polis diberitahu bahawa suspek menjadi marah selepas ‘menangkap’ mangsa menghantar mesej kepada lelaki lain lalu menikam lehernya menggunakan gunting. 


Bagaimanapun, suspek mendakwa dia hanya berniat untuk menakutkan mangsa dengan gunting tetapi secara tidak sengaja menikam wanita itu semasa berlakunya pergelutan pada Isnin lalu.

Anak lelaki pasangan itu yang berusia 14 tahun turut berada di situ semasa kejadian tetapi bertindak berlari keluar dari bilik untuk meminta bantuan polis. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-2-2023 08:22 AM
cam bodoooohhh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.050846 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top