CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kena Samun Depan Bank, Baru Keluarkan RM150,000 Terus Habis Lesap!

15-2-2023 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2789| Komen: 29

Kuantan: Seorang lelaki cedera dipercayai akibat diketuk menggunakan topi keledar dalam kejadian samun yang berlaku di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah, di sini, petang semalam.

Video mengenai kejadian itu tular di media sosial, hari ini, menunjukkan mangsa yang cedera terbaring di atas jalan sambil dibantu Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anggota polis selain orang awam yang mengerumuni lokasi kejadian.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihak mengesan video tular berkenaan dan hasil semakan mendapati, kes berkenaan berlaku pada jam 2.15 petang, semalam.


"Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berlaku satu kejadian samun di hadapan bangunan Ambank, Jalan Beserah, di sini, kira-kira jam 2.40 petang.

"Siasatan awal mendapati, mangsa, 41, disamun dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dan dalam kejadian itu mangsa terjatuh dan terbaring diatas jalan serta wang RM150,000 yang baru dikeluarkannya juga dilarikan suspek terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Wan Zahari berkata, pihaknya masih berusaha mengesan suspek yang masih bebas dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia boleh mengganggu siasatan dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkan maklumat ke IPD Kuantan di talian 09-5652222 atau mana-mana balai yang berdekatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 15-2-2023 06:14 PM
Ada informer ke..malang nasibnya kalau utk byr workers ke for business
Quote she 15-2-2023 06:19 PM
Banyak oiii 150k
Bahagi 3 sorang 50k
Boleh beli iphone 14 promax cash
Beli y15 cash
Pastu bayar DP Axia baru kuor tu

Gitu sekali macik bagi financial planning kat perompak
Manalah tahu perompak tu baca forum
Quote akusukaq 15-2-2023 07:20 PM
Ngape tak dapatkan bantuan security guide dah tau nak bawak cash byk.
Quote cmf_premierleag 15-2-2023 07:32 PM
Apsal x buat online je?
X terpikir ke psl kes samun bagai ni
Even kalo bukan samun pun, what if kalo kebakaran ke
Buat je la online..kan senang
Skang dh rugi
Quote Adrif 15-2-2023 07:35 PM
she replied at 15-2-2023 06:19 PM
Banyak oiii 150k
Bahagi 3 sorang 50k
Boleh beli iphone 14 promax cash

ala. bongok tau
  

Quote Lily_Elizabeth_ 15-2-2023 07:37 PM
Orang bank le ni gitau...
Jahatnya..
Deep in my heart rasa cam tu..
Quote summerguy 15-2-2023 07:46 PM
Confirm ada org bank yg bagitau. Siasat staff bank yg terlibat dgn transaction tu.
Quote kakikuDibibirmu 15-2-2023 08:14 PM
Nama jalan pun Jalan Berserah, mohon hantar ke Hospital Tawakkal
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 08:22 PM
Kalu x silap mangsa ni bangsa cina
Quote CiliPadiSedap 15-2-2023 11:56 PM
Perompak ni belajar dari mani heist ke? Mihon terjah rumah profesor bella ciao
Quote ctaz 16-2-2023 12:12 AM
org2 bank juga yg pecah kan lobang
Quote kemaruk 16-2-2023 02:09 AM
Dulu ramai acik2 yang kata keluar duit dari atm kena 6% gst

Kalau keluar rm100, kena tolak rm6 tauuuuu
Quote DARSITA 16-2-2023 03:04 AM
summerguy replied at 15-2-2023 03:46 AM
Confirm ada org bank yg bagitau. Siasat staff bank yg terlibat dgn transaction tu.


Tak jugak kadang mangsa sendiri yang terrcerita or cerita kpd kawan kawan or office staff  "esok aku nak gi bank ambil gaji staff" .. kawan punya kawan bukan semua baik kan?

Dulu masa kami buat rumah di Puchong (time itu Puchong belum maju lagi + tempat para pendatang Indon berkumpul/hidup) tak pernah kita ckp pada staff esok hari gaji. Kalau staff tanya mesti ckp tak tau sbb tak nak kereta boss ditahan dan dirompak di tengah jalan.


Quote yondu 16-2-2023 07:53 AM
something wrong somewhere dgn cerita camni. kebanyakan kes2 samun betul2 depan bank camni memang ada sesuatu tak kena. ni bukan macam cerita gerak gerak gerak khassssss..bila da kena kaw2, baru mengaku rupanya pakatan rakyat sajorkk
Quote supernaturalee 16-2-2023 08:07 AM
mesti dpt tip dr sape2 ni
klu x mn mungkin dh ready dpn bank


Quote rosedemon 16-2-2023 08:21 AM
bodo kuar byk tu bwk cash mmg bodo
Quote green~tea 16-2-2023 08:28 AM
Apsal bayor gaji pakai cash? Transaction semua kan dah online skang...  jadi majikan from anywhere.. semua approval di hujung jari
Quote sangbara2020 16-2-2023 08:56 AM
tgh beronok2 la perampok tu tido dgn duit berkepuk
alih2 ptg ni kang dh kena tahan polis..
makan xhabis le kome perompak
Quote jas7512 16-2-2023 09:00 AM
Rasanya ada staf bank yg khianat..  

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.081002 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top