CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buaya 5 Meter Muncul Berhampiran Landasan Lapangan Terbang Bersama 34 Biji Telur

15-2-2023 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 700| Komen: 0


Buaya sepanjang kira-kira lima meter berdekatan landasan lapangan terbang mengejutkan sekumpulan penduduk yang sedang memancing berhampiran lokasi berkenaan.

Utusan memetik CNN Indonesia melaporkan, buaya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di bandar Maros, Sulawesi Selatan itu berjaya ditangkap pasukan Perkhidmatan Bomba Maros.



ANGGOTA bomba menangkap buaya yang ditemukan berhampiran landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin. - AGENSI  

“Buaya itu muncul di kawasan sawah milik penduduk namun anggota bomba berjaya menangkapnya.

“Ia ditangkap menggunakan peralatan sedia ada. Selepas itu, anggota bomba melakukan pencarian di lokasi buaya ditemukan dan menemukan 34 biji telur reptilia itu,” kata Ketua Polis Mandai, Asep.

Anggota bomba turut membawa 34 biji telur buaya yang ditangkap itu ke Ibu Pejabat Bomba Maros. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.321624 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top