CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kilang Bungkus Kopi Dan Teh Di Kulai Kantoi Guna Logo Halal Yang Haram

15-2-2023 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 910| Komen: 3

Johor Bahru: Kilang pembungkusan kopi dan teh di Kulai diserbu penguat kuasa, semalam selepas didapati memasarkan produk dengan logo halal yang tidak sah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya menyita 15,768 bungkusan teh dan kopi bernilai RM23,000.


Katanya, serbuan pada 3 petang itu turut membabitkan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).


Foto: Harian Metro

"Seorang penyelia kilang, wanita dan dua pekerja lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an telah direkod percakapan mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan kilang itu sudah beroperasi sejak 2019 dan produk dipasarkan di seluruh negara.

Lilis Saslinda berkata, tindakan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan, Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.


"Pihak KPDN sentiasa menjalankan operasi bersepadu dengan pelbagai agensi untuk memastikan perniagaan berjalan dengan cara yang dibenarkan dan pengguna boleh mendapatkan barangan dan perkhidmatan tanpa rasa was-was," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 15-2-2023 03:51 PM
brand ape tu
ni yg kantoi
yg sblm2 ni?

Quote mawarika 15-2-2023 03:54 PM
Brand apa… jadahnya tak bgtau brand
Quote prettyuglybabe 15-2-2023 04:00 PM
reputs ni memang macam bingai kan..
buat report tapi nama produk tak bagi tau..
semoga reputs bingai ni hari-hari tersauk taik lembu..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.034689 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top