Tindakan segelintir pihak tertentu melakukan intimidasi politik dan membuli pemilik-pemilik akaun TikTok atau TikToker yang mengkritik kerajaan dikecam sekeras-kerasnya oleh PAS.
Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin dilaporkan MalaysiaGazette berkata, perbuatan itu adalah tidak bermoral dan bercanggah dengan hak berpolitik serta kebebasan bersuara yang sering diagungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. “Disebabkan pemilik-pemilik akaun TikTok ini dilihat berpengaruh dan lantang, mereka telah diasak dan ditakutkan oleh pihak tersebut. “Tidak sekadar itu, pemilik-pemilik akaun TikTok ini dibuli dan diugut oleh penyokong-penyokong PH. “Ini adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tiada adab serta memburukkan lunas demokrasi negara kita,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Tambahnya, Pas percaya ancaman itu dipengaruhi segelintir ahli politik PH yang tidak senang dengan gelombang dicetus Perikatan Nasional (PN) sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Tegasnya, Malaysia Madani tiada tempat untuk ahli politik berfikiran sempit dan berjiwa kecil. - CARI |
..perbuatan itu adalah tidak bermoral dan bercanggah dengan hak berpolitik serta kebebasan bersuara..
ADVERTISEMENT