CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dekat Seminggu Suami Hilang, Tak Balik Rumah Lepas Kerja -Dua Tahun Kahwin Tak Ada Masalah

15-2-2023 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1368| Komen: 8

REMBAU – Seorang isteri memohon bantuan orang ramai untuk mengesan suaminya, Nor Hasyim NorBadin, 31, yang hilang sejak enam hari lalu ketika keluar bekerja di sebuah premis serbaneka di Pekan Rembau.


Nor Shamira Shamsul Bahri, 32, berkata, kebiasannya suaminya yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dengan nombor plat DDW8422 akan sampai di rumah sekitar pukul 7.30 malam sekiranya bekerja shift pada waktu pagi Jumaat lalu.

Foto: Kosmo

Bagaimanapun menurutnya, suaminya itu tidak sampai di rumah iaitu di Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di Senawang seperti biasa menyebabkan dia berasa sangat bimbang.

“Belum pernah lagi terjadi perkara macam ini dan suami juga tak pernah cerita ada apa-apa masalah. Saya sangat bimbang dan pada malam itu juga keluarga saya cuba mencari di laluan pulang ke rumah.

“Malah, kami juga mencari di sekitar Pekan Rembau sekiranya ternampak motorsikal yang digunakan suami, namun hampa,” katanya hari ini.


Menurutnya yang berkahwin dengan suami kira-kira dua tahun lalu, mereka juga tidak mengalami sebarang masalah sepanjang kira-kira dua tahun perkahwinan.

“Saya memohon kepada orang ramai sekiranya ada mempunyai maklumat mengenai suami saya dapat melaporkan kepada balai polis berhampiran,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 15-2-2023 03:50 PM
Ntah knp lah ye suami2 zaman skrg suka lari kan diri dari rumah, x bgtau isteri & buat semua org susah hati
Sedihlah...
Quote prettyuglybabe 15-2-2023 03:57 PM
cuba la cari setiap inci jalan pergi balik kerja tu lagi..
kot-kot terbabas masuk longkang lobang gaung..
kalau tak ada jugak, cuba la check group motor..
Quote manehnya 15-2-2023 04:15 PM
erm, imbas kembali kes yg lepas, lepas kena viral balik la dia
Quote myakayina 15-2-2023 04:18 PM
susah sangat ke ko nak bgtau bini ko nak kemana mana? walau blk lambat dari keja sekalipun..
Quote imanjannah 15-2-2023 05:31 PM
mana la pegi suaminya
Quote Thunderclouds 15-2-2023 05:56 PM
Teringat kes laki dj 'hilang' hari tu.
Bahagia, tader masalah jugek katanyehhhhhh
Quote she 15-2-2023 06:21 PM
Report polis dah buat kan
Viralkan kes sudah
Tak payah ler nak cerita bahagia ke idok
Ada masalah ke idok
Orang perempuan ni suka nau cerita terkeluar landasan
Quote rosedemon 16-2-2023 08:21 AM
hahah mke cmni kalau curang mmg xtau la nk ckpapa. kalau misal kata eksiden k apa aku ksianla

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.100527 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top