Pertabalan Raja Charles Mei nanti bakal menyaksikan Raja Permaisuri Britain, Camilla memakai mahkota Ratu Mary tanpa berlian kontroversi Koh-i-Noor kerana bimbang ia bakal mengimbau kisah silam Empayar British.
AWANI melaporkan, mahkota itu sudah dikeluarkan dari pameran di Menara London untuk kerja-kerja pengubahsuaian menjelang istiadat itu. Ini adalah kali pertama dalam hampir tiga abad untuk mahkota sedia ada digunakan semasa pertabalan permaisuri dan bukannya dibuat baharu. Camilla yang disahkan positif COVID-19 minggu ini, dikatakan membuat keputusan untuk memakai Mahkota Ratu Mary atas dasar kelestarian dan kecekapan. Mahkota itu pada asalnya ditauliahkan untuk pertabalan Mary of Teck sebagai Ratu pada pertabalan Raja George V, moyang kepada raja ketika ini pada tahun 1911. Beberapa perubahan dan penambahan akan dibuat selaras tradisi dengan menyelitkan unsur keunikan terutamanya untuk mencerminkan gaya individu pemakai.
Difahamkan, berlian Koh-i-noor begitu kontroversi kerana ia dirampas Syarikat India Timur di Punjab, utara India, berikutan kemenangan dalam Perang Anglo-Sikh Kedua 1849 sebelum diserahkan kepada Ratu Victoria dan menjadi sebahagian daripada permata mahkota selain merupakan antara berlian potongan terbesar di dunia, seberat 105.6 karat (21.12 g). Parti pemerintah perdana menteri India, Narendra Modi dilapor melahirkan kebimbangan bahawa berlian terkenal itu akan mengimbau imej tidak diingini tentang Empayar British. - CARI
|
dani-rox replied at 15-2-2023 07:34 PM
Katanya, koh i noor nih suwey. Mana2 org lelaki yg jd tuanpunya atau sekadar simpan berlian nih, mem ...
hird replied at 15-2-2023 08:00 PM
Komen uols ni selalu marvelous, tq dani. Byk betoi pengetahuan dan cerita2 best.
ADVERTISEMENT