MELAKA – Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka hasratnya untuk memelihara seekor kucing siam berakhir dengan ugutan bunuh dipercayai dilakukan oleh sindiket penipuan dalam talian.
Menurut mangsa lelaki berusia 50-an itu, kejadian berlaku pada 5 Februari lalu apabila dia tertarik dengan iklan di laman sosial Facebook mengenai seekor kucing siam bewarna kelabu yang dimuat naik pengguna dengan nama akaun Marzuki. Katanya, iklan tersebut kononnya memberitahu pemilik bersedia memberikan diskaun daripada harga asal RM900 kepada RM400 sahaja kepada sesiapa sahaja yang berminat. “Pada awalnya saya berurusan di Facebook Messenger dan pemilik akaun itu meminta bayaran deposit sebanyak RM200 dan saya telah membuat pindahan dalam talian pada hari sama. “Esoknya pula saya dapat pesanan daripada aplikasi WhatsApp menggunakan nombor luar negara yang meminta saya membuat tambahan bayaran untuk kuarantin kucing berjumlah RM450.
“Curiga dengan kejadian itu, saya tidak menuruti arahan berkenaan menyebabkan individu berkenaan mengugut saya dengan pesanan “jika saya tidak buat bayaran seperti diminta, kepala dia atau kepala saya akan dipenggal,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan E. Sundra Rajan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan setakat ini kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. –CARI Sumber: Kosmo
|
Burong_Hantuk replied at 15-2-2023 07:34 AM
ada jugak nk menipu psl jual beli kucing
ADVERTISEMENT