Seorang wanita tampil menceritakan perihal rakannya yang berdepan masalah rumah tangga khususnya membabitkan hubungan intim. Melalui luahan tanpa nama di media sosial wanita itu menceritakan bagaimana rakannya dan suami sudah tidak bersama di bilik tidur selama hampir empat tahun.
Buntu dengan situasi tersebut, wanita itu beralih ke media sosial untuk meminta pandangan netizen kerana risau ia mungkin ada bersangkut-paut dengan isu kesihatan. "Kawan saya dengan suami dia dah kahwin empat tahun. Tapi suami dia tak pernah sentuh dia, masa awal kahwin pernah cuba tapi suami dia cakap geli. "Apabila nak bincang dengan suami dia, suami dia akan lari. Boleh tak tolong tanyakan followers kalau ada yang tahu and ada pengalaman tentang benda ni. "Suami dia ada masalah kesihatan atau macam mana ye?" tanya wanita itu mewakili pihak rakannya.
Lebih menyayat hati apabila wanita itu memberitahu rakannya bahawa dia mempunyai keinginan untuk menimang cahaya mata tetapi sikap suami menjadi penghalang. "Dia dah pening dan tak tahu nak buat apa sebab dia sangat mengharapkan zuriat," kata wanita itu. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menzahirkan kejanggalan mengenai si suami yang dingin dengan isterinya di bilik tidur. "Mungkin tiba masa untuk tanya sama ada suami itu masih berada di jalan lurus atau dah terpesong ke arah kumpulan 'pelangi'. "Empat tahun kahwin tak pernah sentuh isteri? Lelaki normal nak tunggu empat jam majlis habis pun dah gigil. Kalau boleh dia nak halau tetamu semua suruh balik awal. Biar betul geli tak nak hubungan dengan isteri? "Boleh minta fasakh, hakim akan terus bagi. Letak alasan empat tahun tidak disentuh. Tak sentuh tiga bulan pun hakim dah celik mata," ujar sebahagian warga maya. Walaupun begitu, ada juga warga maya yang berpihak kepada si suami dengan mengatakan dia mungkin kepenatan bekerja di pejabat dan tidak sempat untuk melayan isteri. "Kalau perempuan yang tak nak melayan kemain cakap kena faham, dia penat, perlu 'me-time' nak berehat, tak ada masa, lelaki kena memahami, bukan kahwin sebab nafsu je dan sebagainya. "Dalam kes ni, siapa sangka mungkin lelaki tu penat kerja, uruskan komitmen apa semua, penat mental fizikal sampai nak 'me-time' dan berehat pun tak ada masa," kata seorang warga maya memberikan hujahnya. -CARI Sumber: mStar Online
|
manehnya replied at 15-2-2023 03:01 PM
kemungkinan :
1. kencing manis
syaz_lina replied at 15-2-2023 04:33 PM
gayyyyy coverina la tu...mak pak n org kampung suh kawen. aniaya anak dara org ja.
vanillaninja replied at 15-2-2023 04:23 PM
If 'geli' why kahwin in the first place?
Decaffeinated replied at 15-2-2023 04:14 PM
either asexual or 100% gay. Not bi, even remotely.
ADVERTISEMENT