Reka bentuk setem baru dilancarkan Korea Utara pada Selasa buat julung kalinya menampilkan anak perempuan pemimpin negara itu, Ju-ae. Yonhap dipetik Harian Metro melaporkan setem yang memaparkan gambar Kim Jong-un dan anak perempuannya dipercayai berusia sekitar 10 tahun ketika menghadiri ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-17 pada November tahun lepas itu, dimuat naik di laman sesawang Stamp Corp Korea Utara.
Difahamkan, ia merupakan kali pertama Korea Utara mengeluarkan reka bentuk setem memaparkan anak kedua Kim Jong-un itu sejak wajahnya didedahkan kepada umum tahun lepas. Lima dari lapan setem baru yang akan dikeluarkan pada Jumaat itu mengetengahkan penampilan Ju-ae, termasuk ketika beliau berjalan berpegangan tangan dengan bapanya di hadapan pelancar mudah alih peluru berpandu serta semasa bergambar dengan anggota tentera.
Walaupun masih terlalu awal untuk menyimpulkan Ju-ae bakal menggantikan Jong-un, namun Korea Utara nampaknya menunjukkan kesahihannya sebagai keturunan "Paektu" dinasti Kim. - CARI |
Walaupun masih terlalu awal untuk menyimpulkan Ju-ae bakal menggantikan Jong-un, namun Korea Utara nampaknya menunjukkan kesahihannya sebagai keturunan "aektu" dinasti Kim
hyie replied at 15-2-2023 12:46 PM
eww hodohnya setem dia. Tapi orang yang suka kumpul setem ni mesti teruja
ADVERTISEMENT