CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Alami Tekanan Jiwa Naik Pengangkutan Awam! Keluar Rumah Di Puncak Alam 5.15 Pagi, 2 Jam Baru Sampai Ofis Di Bangsar

15-2-2023 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10186| Komen: 176

Walaupun sistem pengangkutan awam di negara kita semakin baik, namun masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki agar memberi lebih keselesaan kepada pengguna.

Mahu berkongsikan pengalaman sebagai warga kota, seorang lelaki menghasilkan video berbentuk garis masa untuk menunjukkan perjalanan ke pejabat yang perlu ditempuhinya.


Nabil Ersyad, 27, yang bekerja sebagai penganalisis data di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bangsar, Kuala Lumpur berulang-alik dari rumah ibu bapanya di Puncak Alam, Selangor setiap hari.


"Saya buat video ini dengan tujuan untuk orang tengok macam mana hidup dekat bandar ni dan sebagai awareness kepada pihak yang berkaitan untuk take action dan buat penambahbaikan yang sepatutnya.

"Saya pergi ke pejabat dari rumah ibu bapa saya di Puncak Alam pada hari tertentu. Tapi saya ada sewa lagi satu rumah dekat kawasan central Kuala Lumpur. Tapi setiap kali saya make that journey, memang penat.


"Waktu pagi, saya akan gerak dari Puncak Alam ke Bangsar dan apabila petang saya akan balik ke rumah sewa.

"Tapi perlu diingat yang ada orang ulang-alik dengan jarak lebih jauh berbanding saya setiap hari. Just imagine that," kata Nabil ketika dihubungi mStar.

Video yang dimuat naik oleh Nabil di laman Twitter dan TikTok mendapat perhatian warga maya kerana ia mendedahkan 'kesengsaraan' yang perlu dihadapi seorang penduduk kota.



"Kita tak ada pilihan apabila kerja dekat bandar ni, keluar awal atau tersekat dalam kesesakan untuk berjam-jam lamanya. Macam saya dari Puncak Alam, saya kena keluar rumah pukul 5:15 pagi.

"Saya akan jalan kaki dari rumah ke stesen bas berdekatan dalam 15 minit macam tu. Jadi sampai situ dalam pukul 5:30 pagi. Tak boleh lambat sebab kita ada jadual yang kena ikut. Kalau lambat sikit, domino effect, semua akan jadi lambat.

"Kalau terlepas bas, kena fikirkan alternatif macam naik e-hailing, huru-hara jadi, boleh rosak keseluruhan hari. Bas yang saya naik ni bas Smart Selangor, dia gerak pukul 5:40 pagi dari tempat saya.

"Perjalanan menaiki bas ke stesen komuter KTM Sungai Buloh ambil masa 50 minit. Dari situ saya naik KTM pergi ke stesen Abdullah Hukum, berdekatan pejabat saya. Perjalanan ini juga ambil masa kira-kira 50 minit," terang Nabil.

Nabil menyatakan perjalanannya dari Puncak Alam ke Bangsar mengambil masa dua jam dan ini adalah realiti untuk mereka yang tinggal di pinggiran bandar tetapi bekerja di Kuala Lumpur.

"Saya travel dua jam ni kira dah yang paling smooth sebenarnya. Saya bangun tidur dan tiba di setiap stesen tepat pada waktunya, selain tak ada delay dari pihak pengangkutan awam.

"Pernah juga saya keluar rumah pukul 6:40 pagi, memang semua tempat sesak, perjalanan ambil masa dekat tiga jam lebih. Kerusi dalam KTM semua dah penuh, kalau lambat memang 'sardin' (padat), kena berdiri sepanjang perjalanan.

"Ini cabaran saya dan orang lain yang duduk di pinggiran bandar. Tak ada option, memang kena keluar awal. Saya sampai pejabat dalam pukul 8 pagi macam tu, kerja start pukul 9, jadi rehat kejap dan breakfast dulu semua.

"Lebih baik untuk sampai awal sejam dekat pejabat berbanding tersekat dalam kesesakan yang boleh menyebabkan tekanan jiwa," ujar Nabil.

Nabil bagaimanapun bersyukur rumah sewanya terletak berdekatan dengan tempat kerja dan dia tidak perlu mengharungi waktu puncak yang menyeksakan untuk pulang.

"Nak balik rumah selepas kerja is yet another chapter. Kalau nak elak waktu puncak, kena keluar dari pejabat pukul 7 malam ke atas, sebab pukul 5 dan 6 petang semua rushing nak balik ke rumah.

"Nasib baik rumah sewa saya dekat dengan pejabat dan tak perlu nak bersesak balik. Tapi untuk mereka yang pergi dan balik, dua-dua kena lalu waktu puncak, saya boleh cakap memang perit.

"Hari demi hari, kita ulang balik the same process. Keluar rumah waktu gelap, balik rumah pun waktu gelap. Boleh buatkan kita persoal tujuan hidup. Tapi untuk cari rezeki, kita tetap buat juga," kata Nabil.

Nabil sempat menyarankan beberapa cadangan penambahbaikan agar dapat memudahkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.

"Pertama sekali saya boleh cadangkan untuk tambah kekerapan atau frekuensi pengangkutan awam. Ambil contoh bas yang saya naik dari rumah saya.

"Saya kena keluar pukul 5:15 pagi dari rumah sebab bas yang paling awal pukul 5:40 pagi dan bas yang seterusnya pula ialah pukul 6:15 pagi. Waktu ni dah mula sesak. Beza dan gap dekat 40 minit.

"Macam let's say kekerapan ditambah, ada bas pukul 5:50 pagi, jadi saya akan lebih fleksibel dan tak terlampau terkejar-kejar. Tak ada la saya kena bangun pukul 5:15 pagi.

"Dan seterusnya kalau boleh tambah new bus route dan tambah stesen bas, lagi mudah untuk diakses oleh penduduk dari seluruh kawasan di Lembah Klang," kata Nabil. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 15-2-2023 11:31 AM
mencabar kan
letih oooo menunggu 1, 1
dh tu nk berjalan2 dr 1 point ke point lg 1
dr gelap gelita keluar smpi opis cerah terang benderang
klu hari subuh awal tu, by 7.30 tu dh paneh dh

Quote LostStar 15-2-2023 11:35 AM
penat ooo naik public transport kat KL ni.. Daku dah merasa.. tak tahan tu keluarkan transport sendiri.. buang masa d atas jalan jek kalau dengan public transport ni..
Quote Tinot7 15-2-2023 11:38 AM
Awat tak ulang alik dari rumah sewa jahh?

Iols pi keje pun amik masa 2 jam sbb tefik jam, kalau kluaq antara 7am-8am. Kalau tak, max 1.5 hours jahh on the road..

Tapi nak balik tu, pukui 8.30pm masih jam.. tatau la awat byk sgt keta kat jalanraya jaman now.. dolu2 takde la sesak mcm ni..
Quote cikatilia 15-2-2023 11:41 AM
mmg mencabar... my office just around 6-7km saja.. naik 1st bus around 7.30 (keluar umah ke bus stop around 7)
naik 2nd bus around 8.10 (menunggu yg lama) then sampai mrt around 8.30ish... naik 3rd bus sampai ketepi office then jalan kaki sket.
kalau nak cepat boleh la naik grab tapi RM20-30.
dekat tapi takde direct bus. kena tukar2 bas. and xde mrt lrt nearby sbb tu depa provide feeder bus.

kalau time takde dash dulu- jalan jam. gerak from mrt around 6.30
sampai umah jam 8pm/ tu baru sampai bus stop.
sampai umah dekat isyak.
Quote noor2 15-2-2023 11:42 AM
Nasibla aku 5 minit je ambil masa nk pi kerja balik kerja...
Quote mojarean_X 15-2-2023 11:45 AM
Quote rikiruj 15-2-2023 11:46 AM
Pernah try komuter dan kemudian mrt.  Memang ambik masa lama compare drive sendiri. Kalau komuter problem dia.. tapi ni dulu laa early to mid-2000.. schedule caca-merba ikut suka hati dia bila nak sampai.. maybe lepas 20 tahun ni hopefully dah improve lah on that part.  Kalau MRT pulak, cost parking tu kalau boleh kurangkan sikit akan membantu dan boleh jadikan MRT even a better transportation option.
Quote blue_blur 15-2-2023 11:47 AM
LostStar replied at 15-2-2023 11:35 AM
penat ooo naik public transport kat KL ni.. Daku dah merasa.. tak tahan tu keluarkan transport sendi ...

rasanya dari puncak alam , kalau drive ke bangsar pun sakit juga.. dash tu pun tembus ke penchala.. lepas tu sangkut lagi.. kesian.....
Quote Prickford 15-2-2023 11:56 AM
LostStar replied at 15-2-2023 03:35 AM
penat ooo naik public transport kat KL ni.. Daku dah merasa.. tak tahan tu keluarkan transport sendi ...

Kann...iolls dulu 5 tahun kerja kat KL ulang alik naik public transport. Bila dipikirkan balik, rasa macam nak gila plak. Keluar gelap, balik gelap. Masa yg terbuang adalah masa nak menunggu public transport & kelembapan transport tu bergerak.

Quote Denco 15-2-2023 12:01 PM
blue_blur replied at 15-2-2023 11:47 AM
rasanya dari puncak alam , kalau drive ke bangsar pun sakit juga.. dash tu pun tembus ke penchala. ...

dr puncak alam tu klu drive kuar pkl 5.30am x yah pakai dash, nkve je dh smooth. unless kuar 6 pagi mmg keta dh byk.

uitm dah ada kat puncak alam tu x de ke plan nk sambung buat mrt tu smpai situ eh
Quote apech 15-2-2023 12:01 PM

aku lama sket. 6 minit.
Quote apech 15-2-2023 12:03 PM
Edited by apech at 15-2-2023 12:04 PM
blue_blur replied at 15-2-2023 11:47 AM
rasanya dari puncak alam , kalau drive ke bangsar pun sakit juga.. dash tu pun tembus ke penchala. ...

betul. puncak alam - bangsar tu jauh.. Cuba buat kira2 mungkin ada alternatif sewa dekat sikit, contoh damansara ke..
Iya sewa murah dkt puncak alam. tapi, masa pun berharga juga

Tambahan: subang jaya pun ok jgk. rasanya landed seribu lebih. flet bawah 1k.
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 12:03 PM
kau dah pilih jalan hidup mcm tu..klu rasa x larat..try berhijrah ke tempat lain
Quote pp_gurl 15-2-2023 12:06 PM
Gombak - hartamas
takde jem - 20 minit
ada jem - sejam
naik public transport lagi lah sendurina..mau kena keluar pkl 6 pagi sedangkan jaraknya dekat je
Quote Atata 15-2-2023 12:07 PM
Patutla org kat sana ramai garang2, drive laju2 mcm org gila sebab tekanan hidup. Tapi bab pengangkutan awam tu, buka kalau kat mana2 pun mmg padat & sesak?
Quote kitaserupaaa 15-2-2023 12:10 PM
Drive dari puncak alam ke bangsar pun maybe 2 jam jugak kot? Aku pernah drive ke seksyen 9 shah alam yg jaraknye 20km lalu sebelah guthrie pun ambil masa sejam
Quote matchstick 15-2-2023 12:12 PM
Mmg mcm ni la nasib yg kerja full time di office. Kerja jaga project mcm akak seronok dek..dlm seminggu ada la 1-2 hari akak kena tempuh jem utk clock in pukul 9.30. hari2 lain akak pergi check site dulu pagi. Lps tu baru drive pergi office. Cuma kena spend duit utk
parking la sbb kerja mcm ni tak sesuai naik public transport
Quote blue_blur 15-2-2023 12:13 PM
Denco replied at 15-2-2023 12:01 PM
dr puncak alam tu klu drive kuar pkl 5.30am x yah pakai dash, nkve je dh smooth. unless kuar 6 pag ...

kalau dia mampu komitmen kereta, oke la tu gerak keluar sama timing dia naik public transport... cuma....... sakit tol+parking dan balik semula ke puncak alam 5-7pm..... peh.....
Quote blue_blur 15-2-2023 12:15 PM
apech replied at 15-2-2023 12:03 PM
betul. puncak alam - bangsar tu jauh.. Cuba buat kira2 mungkin ada alternatif sewa dekat sikit, con ...

ye la tu.. sah sebab sewa landed kat puncak alam lagi berbaloi... ni jenis stress kerja tak mau dah tengok semak bangsar/area strata kalau balik rumah kot...

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.078265 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top