CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Minta Calon Datang Temu Duga Kerja Pakai Topeng, Dipilih Menerusi Kelayakan Dan Bukan Kecantikan

15-2-2023 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1181| Komen: 14

Sebuah syarikat di Chengdu, China  meminta calon yang menghadiri temu duga kerja dan perekrutnya untuk memakai topeng.

Ia bertujuan untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan paras rupa.


Oddity Central melaporkan, syarikat Chengdu Ant Logistics menjadi tular baru-baru ini berikutan video yang menunjukkan beberapa individu memakai topeng muka semasa sesi temu duga.


Foto: Oddity Central

Syarikat berkenaan telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa video itu dirakam pada pameran pengambilan pekerja yang dijalankan dua kali setahun, baru-baru ini.

Arahan pemakaian topeng muka diperkenalkan bagi menghapuskan berat sebelah berdasarkan rupa. 

Malah, syarikat terbabit memaklumkan kaedah pengambilan ‘luar biasa’ itu dilaksanakan untuk mengurangkan tekanan buat calon selain menekankan aspek menghargai kebolehan seseorang individu berbanding penampilan mereka.



Foto: Oddity Central

Susulan itu, syarikat logistik China itu menerima pujian dan maklum balas positif  yang bersetuju dengan tindakan syarikat tersebut kerana sebahagian mereka bersetuju untuk mengenakan topeng semasa temu duga.

"Sebagai seorang yang fobia sosial, saya sangat menikmati temu duga kerja seperti itu."

"Ini adalah kesaksamaan, ketampanan tidak sepatutnya dikira." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 10:55 AM
Perghhh...terbaik
Quote supernaturalee 15-2-2023 10:58 AM
mcmn nk tny soalan serius dgn topeng kelakar cenggitu

nk lagi mencabar pakai the whole kostum mcm peserta masked singer
so, xnmpk muka, xnmpk shape, size body
totally on dgr suara je


Quote Tinot7 15-2-2023 11:51 AM
supernaturalee replied at 15-2-2023 10:58 AM
mcmn nk tny soalan serius dgn topeng kelakar cenggitu

nk lagi mencabar pakai the whole kostum mcm p ...

Suara pun kena pakai mikrofon yg ubah suara tuh.. itu lagi mencabar..
Quote kotakominami 15-2-2023 12:58 PM
Tutup muka pon still nampak saiz badan..buatla mcm the voice
Quote makneng 15-2-2023 01:02 PM
Dah satu hal plak nak cari topeng… [em:3:]
Quote pittjie 15-2-2023 01:08 PM
bagus ni. kena dipraktikkan la kat semua kampeni. sbb rupa paras ni selalu buat penemuduga jadi bias. nak buat macamana .. dah sifat semula jadi manusia suka benda cantik kan. sbb tu aku selalu ckp kat kawan2 yang cantik .. dia org sgt beruntung. aku ada kawan yang cantik dan manja sikit la. mmg masa keja tu bos2 lelaki suka dia sgt. client2 yang dtg pun mula la menggedik. kawan aku tu receptionist je. penah sambut dan layan client dgn baik .. punya la terpersona client tu dekat dia sampai menanya kat HR tarikh lahir kawan aku. bila sampai bday kawan aku tu dihantarnya bouquet bunga besar ok. cuba kalau yang jadi receptionist tu acik umur 40an muka dah kedut2. baik dan sopan macamana pun layan client mmg taaaaaakkkkkk laaaaaa mendapat apa.
Quote rospinki 15-2-2023 01:20 PM
kalau aku interview mau bantai ketawa gelihati melatah

kdg kesian org cantik ni pandai2 keje pun org pandang skema..yelah harap muka cantik keje hampeh  
Quote krustykrab 15-2-2023 01:35 PM
pittjie replied at 15-2-2023 01:08 PM
bagus ni. kena dipraktikkan la kat semua kampeni. sbb rupa paras ni selalu buat penemuduga jadi bias ...

Betul la tu..ofis lama iols pun mng akn ambik recep budak² muda, blum kawin & cantik. Bila dh kawin, muka pun comot biasanya budak² ni sendiri akn pilih utk trf dept lain atau carik keje tmpt lain
Aku sendiri pun suka  recep yg cantik², muda, friendly wpun aku pompuan. Sb diorh ni kan kt meja hadap pintu..
Quote Adrif 15-2-2023 04:34 PM
aku jenis tak kisah rupa, asalkan fizikal jangan obese, atau overweight melampau.
kalau borderline overweight tu diterima lagi.

asalkan nak bekerja, dan buat kerja
bukan nak kerja, nak gaji, tanak buat kerja
Quote batmana 15-2-2023 04:38 PM
Sama je..
Dh Borg resume ada gmba ..dorg pilih juge nnti
Quote becir 15-2-2023 04:49 PM
pittjie replied at 15-2-2023 01:08 PM
bagus ni. kena dipraktikkan la kat semua kampeni. sbb rupa paras ni selalu buat penemuduga jadi bias ...

HR pun layan ke? Tu kan info peribadi boleh lak jaja kat client
Quote pittjie 15-2-2023 08:40 PM
krustykrab replied at 15-2-2023 01:35 PM
Betul la tu..ofis lama iols pun mng akn ambik recep budak² muda, blum kawin & cantik. Bila dh kaw ...

Tu yg aku ckp untung jd cantik. Ada privileges & advantages. Mmg byk pekerjaan yg memerlukan org cantik. Mcm receptionist, stewardess, model, artis. Aa cam tu. Aku pernah ek jumpa toll gate girl yg cantik nak mampus. Ni zaman belum ada t&g dan mcm2 kad la. Dlm 50 mtr nak sampai tol boleh pulak serentak aku dgn kawan lelaki aku ckp 'jom tgk bdk jaga tol ni cantik ke tidak'. Naaahh sekali mmg betul2 cwanntikkk. Jaw dropping kita org berdua. Lps je dr tol kita org berdua menjerit2 ok hahaha. Dah la x pernah2 terfikir nk cek bdk tol lawa ke tak. Lps tu mmg aku ckp .. eee kalau aku jd bdk tu .. aku apply jd stewardess! Gerenti punya dapat!. Hahaha. Ntah dpt kerja apa la bdk tu lps jd bdk tol tu. Ntah2 dah disambar org kaya yg dok lalu tol tu .. mcm cerita drama toll gate girl tu. Hahaha
Quote krustykrab 15-2-2023 08:43 PM
pittjie replied at 15-2-2023 08:40 PM
Tu yg aku ckp untung jd cantik. Ada privileges & advantages. Mmg byk pekerjaan yg memerlukan org c ...

Lagi satu bhgn marketing or keje² yg ko kena cari clients. Staff diorg mmg lawa seksi hensem.
Kesian la kita yg tuhan jadikn below average ni
Quote rosedemon 16-2-2023 08:18 AM
aku cantik sygnya xkeja model

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.047355 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top