CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Motosikal Harley-Davidson Keluaran Tahun 1908 Dilelong RM4 Juta

15-2-2023 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 467| Komen: 2

LAS VEGAS, NEVADA – Sebuah motosikal Harley-Davidson keluaran tahun 1908 dijual pada harga AS$935,000 (RM4 juta).

Ia sekaligus menjadikannya motosikal paling mahal pernah dijual dalam acara lelongan, lapor agensi berita United Press International kelmarin.


Firma lelongan Mecum Auctions berpangkalan di Las Vegas berkata, motosikal itu dikenali sebagai Strap Tank. Ia dijual dalam acara lelongan lewat bulan lalu.


Foto: Mecum Auctions

“Kami memasarkan motosikal itu dengan baik dan Harley merupakan jenama motosikal Amerika paling popular.

“Justeru, kami merasakan ia akan mencatat lelongan yang baik, namun anda pasti terkejut apabila kami berjaya menjual motosikal pada harga paling mahal,” kata Pengurus Bahagian Motosikal Mecum Auctions, Greg Arnold.

Tambah Arnold, Harley-Davidson Strap Tank itu adalah model yang jarang ditemui, menjadikannya sebagai suatu penemuan unik.


“Motosikal ini memiliki banyak bahagian asli. Ia menjadikan kenderaan tersebut lebih luar biasa,” jelasnya.

Motosikal tersebut ditemui dalam keadaan baik di sebuah bangsal di Wisconsin oleh seorang ahli perniagaan, David Uihlein pada 1941 sebelum dia menyimpan kenderaan itu selama 66 tahun.

Ia kemudian dibaik pulih oleh seorang individu bernama Paul Freehill dari negeri Indiana, kata Mecum Auctions. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:07 AM
mahal bak hang!!!!
Quote rosedemon 16-2-2023 08:17 AM
ada ke yg nak beli?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.024446 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top