CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masih Jual Roti Canai Dan Murtabak RM1 Sejak 22 Tahun Lepas, Ambil Untung Sikit Je

15-2-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 697| Komen: 5

KULIM – Seorang peniaga gerai di Kelang Lama di sini masih mengekalkan harga jualan roti canai dan martabak mini pada harga RM1 sekeping sejak 22 tahun lalu.

Mohd. Ghazali Hussin, 53, berkata, dia tidak bercadang untuk menaikkan harga dua juadah tersebut walaupun berdepan kenaikan harga bahan mentah.


Dia mengakui harga barang sudah meningkat, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana masih mendapat keuntungan walaupun tidak banyak.


Foto: Kosmo

Katanya, dia juga tetap mengekalkan kualiti dan kuantiti bahan untuk menghasilkan roti canai serta martabak mini.

“Berniaga ini memang punca pendapatan saya, namun saya juga mahu beramal dengan menjual makanan pada harga murah bagi meringankan beban pengguna,” katanya ketika ditemui di gerai Roti Canai dan Martabak Ekonomi Pak Ali di sini semalam.

Mohd. Ghazali memberitahu, gerainya yang terletak berhampiran Arked Mara Kulim Mall beroperasi seawal pukul 7 pagi dan menjadi tumpuan orang ramai yang singgah untuk bersarapan atau membungkus makanan sebelum ke tempat kerja. -CARI


Sumber:Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 15-2-2023 11:31 AM
Semoga sentiasa murah rezeki tuan
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 12:04 PM
murah rezeki pakcik ni
Quote rynehanekoma 15-2-2023 02:16 PM
Pakcik ni selalu bagi extra kalau beli banyak.
Quote stingerpressor 15-2-2023 02:18 PM
Selfish us ,as customers....
Quote rosedemon 16-2-2023 08:16 AM
apela keja penat2 dpt ciput entah apa2

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.136644 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top