CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Boros Sangat Belanja Untuk Raya- Ingat Duit Dalam Akaun, Jangan Sampai Jatuh Miskin

15-2-2023 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 808| Komen: 6

Heboh tentang permintaan sesetengah pihak agar kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu mereka untuk terus ‘hidup’.

Namun permintaan itu ditolak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah memikirkan kehidupan pencarum selepas bersara terutamanya yang memiliki caruman di bawah RM10,000.


Memang faham setiap individu ada masalah sendiri dan mengapa mereka perlukan wang berkenaan.


Gambar Hiasan: Selangorkini

Bahasa mudah kita boleh mengatakan mengapa selepas tiga kali pengeluaran masih susah, namun kita sendiri tidak tahu apa yang dilalui mereka.

Harga barang kini juga naik mencanak, sayur dijual mahal, malah penulis terkejut apabila terung berharga RM40 sekilogram. Itu belum lagi tomato seberat 200 gram dijual RM2.

Di saat umat Islam bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri sekitar dua bulan lagi, harga bahan mentah untuk membuat biskut raya juga dilaporkan naik sehingga 40 peratus.


Situasi ini pastinya memberi gambaran belanja raya meningkat. Belum lagi soal baju, hiasan diri dan barangan rumah termasuk perabot, langsir. Upah tukang jahit juga naik.

Persiapan dibuat terutamanya kaum ibu pastinya mencabar, sibuk mencongak perbelanjaan agar poket tidak kering.

Tolak, campur bahagi mana yang perlu dibeli, ditukar baharu atau sekadar guna yang lama di zaman serba mahal ini.

Jika melihat media sosial, kemeriahan sangat terasa, lambakan jualan baju Melayu, kurung, kebaya, tudung dan hiasan semakin rancak sehingga membuatkan orang ramai kelabu mata.

Harga jangan cakaplah. Tukang jahit pula sudah tutup tempahan. Maka berbondonglah orang menyerbu platform TikTok, Instagram dan Facebook mencari persalinan raya.

Namun perlu diingat, barangan yang murah selalunya penuh muslihat, hati-hati dengan tawaran harga, contohnya sehelai baju kurung RM100.

Siapa tidak teruja, baju cantik harga murah namun itu mungkin perangkap.

Jangan terlalu ghairah berbelanja sehingga memudaratkan kehidupan kita kelak. Dalam situasi ini kita perlu bijak membuat pilihan bersandarkan kepada aspek keperluan dan bukannya nafsu.

Biskut raya, baju cukuplah sekadar ada dan bukan bermewah-mewah. Keterujaan menyambut raya pasti ada namun berbelanjalah mengikut akal fikiran dan poket kalian.

Kenaikan harga barangan, Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka bulan depan selain situasi semasa ekonomi negara perlu diambil kira.

Tiada pengeluaran KWSP seperti tahun lepas, maka membelilah dengan bijak, tidak boros dan jangan sampai poket kering sehingga menjadi ‘miskin’ demi mahu cantik bergaya ketika Aidilfitri. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:14 AM
aku paling ngeri tengok acik2 kepam belanja x ingat kat bazar ramadhan,,,segala benda makanan dorang beli utk dibuat berbuka..
Quote totokreturn. 15-2-2023 11:34 AM
tudung bokitta pun dah naik harga dah sekarang ni
Quote rospinki 15-2-2023 11:36 AM
Aku dh biasa hidup cara miskin dah mmng pon prg miskin hahahaha
Quote aechae 15-2-2023 11:53 AM
Mana mau nya…beli baju sndri saje sepasang 2-3 ratus… pastu bising beli brg dapur mahal
Quote rosedemon 16-2-2023 08:15 AM
ok kaya xpela boros
Quote akies 16-2-2023 08:25 AM
Baju leeyanarahman menanti untuk acik2 berebut sakan. Sanggup tu beratur sampai keluar butik.
Iols start ramadan ni tak kuase nak jejak area Bangi. Jem sokmo

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.208657 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top