Umum mengetahui bahagian alat sulit lelaki tidak mempunyai tulang, tetapi ada lelaki mengalami situasi zakarnya tegang selama empat jam. Kedengaran aneh, namun ia sememangnya boleh berlaku dan dianggap sebagai satu masalah besar.
Menurut perkongsian dibuat Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, masalah ereksi berpanjangan ini dinamakan priapism yang biasanya berlaku kepada lelaki berusia 20 hingga 50 tahun. Jelasnya lagi, priapism ini merupakan masalah kesihatan seksual yang serius di mana zakar menjadi tegang (erected) berjam-jam tanpa sebab. Terdapat dua jenis priapism, iaitu ischemic dan non-ischemic. Ischemic priapism berlaku apabila darah tak boleh keluar dari zakar. Non-ischemic priapism pula berlaku apabila berlaku peningkatan aliran darah ke zakar. Menurut Dr Kamarul, priapism boleh menyebabkan kesan buruk seperti sakit, kehilangan fungsi seksual dan jangkitan.
Malah, individu yang kerap mengalami masalah ini disarankan untuk dapatkan rawatan secepat mungkin. Rawatan pula melibatkan suntikan phenylephrine, aspirasi darah, pembedahan atau ubat. Bagaimanapun, ia merupakan kes boleh dirawat, tetapi jika lambat, priapism boleh menyebabkan kehilangan fungsi seksual. Faktor risiko seperti penyakit kronik seperti leukemia, diabetes, dan penyakit buah pinggang juga boleh berlaku. Masalah kesihatan ini juga boleh berlaku selepas menggunakan ubat-ubatan tertentu seperti untuk kencing manis, tekanan darah dan anti-depresan. Maka, sekiranya menghadapi masalah terkena priapism, berjumpalah doktor secepat mungkin bagi mengelakkan dari kesan buruk dan kehilangan fungsi seksual yang berkekalan. -CARI Sumber: mStar Online
|
Thunderclouds replied at 15-2-2023 10:33 AM
Boh ler gambaq erection tuhhhh
ifanonline replied at 15-2-2023 12:15 PM
wanita suka lelaki sebegini
stingerpressor replied at 15-2-2023 02:13 PM
greentea sambil merenung tajam pada laki tindernya.."see, i told you....why you damned stubborn? You ...
ifanonline replied at 15-2-2023 03:38 PM
jgn stinger, nanti dia langgar u dgn BMW dier baru tau..
ifanonline replied at 15-2-2023 03:38 PM
jgn stinger, nanti dia langgar u dgn BMW dier baru tau..
stingerpressor replied at 15-2-2023 03:43 PM
Nak langgar road tax bimer dah bayar belum? Ulang alik ulang alik asyik ber mrt lrt je, dengarnya? ...
ADVERTISEMENT