Tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai orang kurang siuman melahirkan bayi bersendirian di tepi jalan pada 11 Februari lalu. Dalam rakaman tersebut seorang wanita yang memakai kain sarung sedang terbaring di dalam sebuah pondok manakala bayi yang baru dilahirkan turut berada di situ.
Penduduk kampung di Aceh Timur, Indonesia turut berada di lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan kepada si ibu dan bayi. Apabila ditanya siapakah yang menghamilkannya, wanita terbabit memberitahu bahawa si pelaku merupakan warga setempat. Namun dia tidak berupaya memberitahu secara terperinci memandangkan dirinya mempunyai masalah kesihatan mental. Difahamkan, kedua-dua beranak ini telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka berada dalam keadaan sihat. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan jijik si pelaku yang tergamak mengambil kesempatan terhadap wanita kurang siuman sehingga hamil. Mereka berharap agar si pelaku segera diberkas dan dijatuhi hukuman yang setimpal. -CARI
|
Miss_LoveLeen replied at 15-2-2023 02:10 AM
Hinanya org yg rape pompuan tu. Memang sepatutnya direjam dgn batu & potong cincau dia makan pada pi ...
Kurex replied at 15-2-2023 12:09 PM
Teringat cerita ecah 50sen
Suchi replied at 15-2-2023 11:32 AM
Sblm ni pun ada gak berita segini kt indonesia gak rasanya.
Dorang ni kalau period cemana ya diurusk ...
ADVERTISEMENT