Jahidah Nordin, wanita yang dibelasah suaminya sehingga pada 4 Mei 2021 sehingga kini masih koma. Di kala dirinya setiap hari berjuang untuk hidup, suaminya Rosmaini Abdul Raof didakwa sedang berseronok menyertai konvoi motosikal.
Susulan itu, group permotoran Northern VARIO CLUB (NVC) dikecam gara-gara menerima Rosmaini untuk menyertai konvoi mereka ke Kedah beberapa hari yang lalu. Bagaimanapynwakil group terbabit, Puan Arenis tampil menjelaskan bahawa mereka tidak mengetahui individu berkenaan adalah suami kepada Jahidah. "Assalamualaikum, saya menyatakan kami dari NVC tidak tahu bahawa Rosmaini Raof adalah penjenayah yang memukul isteri. Oleh kerana ramai yang mesej saya dan siap call kenapa terima budak penjenayah masuk group korang buat busuk nama sahaja." Difahamkan, ahli kumpulan yang lain tidak cam muka Rosmaini kerana kes keganasan rumah tangga itu sudah hampir dua tahun berlalu. Tambahan pula lelaki terbabit turut menggunakan nama samaran iaitu Razmi. "Maaf kami tak tahu bukan kami cam muka dia, dia pun baru saja join group kami dan baru dua kali TTS. Dia kenalkan dengan kami dengan nama Razmi bukan nama sebenar. Lagi pun kes dan berapa tahun dan kami tak tahu muka sebenar dia dan baru-baru ni terdetik hati nak buka tengok tu pun tular kat group B40, baru lihat muka. "Kami buat banyak aktiviti luar dan tak ambil kisah sangat bab-bab ni. Dalam dunia ni bukan dia seorang saja penjenayah ramai lagi. Bukan kita nak tahu, kadang-kadang pencuri duduk tepi kita pun kita tak tahu. Kes tahun 2021 sekarang dah 2023, muka pun dah lain. Jadi stop jangan salahkan group kami. Sekian terima kasih." Sementara itu adik kepada Jahidah, Fazariah Nordin turut memuat naik foto tangkap layar di mana terdapat seorang saksi tampil mendedahkan bahawa Rosmaini turut menyamar sebagai polis. Difahamkan, saksi sudah dua kali terserempak dengan lelaki berkenaan ketika menyertai konvoi motosikal. Malah, Rosmaini turut berpura-pura sibuk menghubungi anggota polis yang lain dan menyimpan jaket khas di dalam tempat duduk motosikalnya. "Mengaku polis dan dalam seat motor ada jaket polis. Dalam group tu saya baru 2 kali terjumpa dengan dia. Dia tak sembang pun. First jumpa tu dia acah-acah busy cakap telefon nak tangkap orang tu nak tangkap orang ni. Kami buat tak layan sangat pun." -CARI
|
Themilo replied at 15-2-2023 10:37 AM
babinyah bawak vario je kot, mengaku polis? sangkak
krustykrab replied at 15-2-2023 02:41 AM
Vario tu nama moto ke?
Themilo replied at 15-2-2023 10:54 AM
Ya. Yamaha Vario. Model entry level untuk mak-mak hantar anak gi sekolah. Kalau handal, boleh paka ...
mamajawie replied at 15-2-2023 11:01 AM
macam mana si sial ni boleh terlepas?
Radzor replied at 15-2-2023 10:54 AM
mcmana dia boleh lepas eh?
Themilo replied at 15-2-2023 10:54 AM
Ya. Yamaha Vario. Model entry level untuk mak-mak hantar anak gi sekolah. Kalau handal, boleh paka ...
krustykrab replied at 15-2-2023 11:20 AM
Dia bulan lepas. Rasanya bini dia ikat jamin sementara tunggu tarikh bicarra.
krustykrab replied at 15-2-2023 03:20 AM
Dia bulan lepas. Rasanya bini dia ikat jamin sementara tunggu tarikh bicarra.
ADVERTISEMENT