CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih Mesra Pengguna, JPJ Tambah Baik Ciri Keselamatan Portal Awam JPJ, MyJPJ

15-2-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 623| Komen: 5

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menambah baik beberapa ciri keselamatan supaya lebih mesra pengguna bagi aplikasi MyJPJ dan Portal Awam JPJ.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, langkah tambah baik itu dibuat susulan aduan orang awam berikutan pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM atau cukai jalan digital) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) bermula 10 Februari lalu.


Beliau berkata, antara ciri baru dilaksanakan termasuk memperkenalkan sekuriti peringkat tiga menggunakan lapan aksara terakhir tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran JPJelD secara dalam talian.



“Ia adalah tambahan kepada dua peringkat sekuriti sedia ada iaitu ‘kata laluan’ dan ‘kod TAC’,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini tadi.

Katanya, ciri lain termasuk menambah fungsi bagi mendapatkan semula akaun pengguna melalui lapan aksara terakhir lesen memandu.



Foto: Berita Harian

Zailani berkata, ia sekali gus menjadi langkah penyelesaian kepada isu ‘telah mendaftar’ disebabkan pengguna sebelum ini mempunyai akaun di portal rakan strategik JPJ yang berintegrasi dengan sistem JPJ. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 15-2-2023 09:41 AM
kenapa tak selaras dlm IC je? mcm tng dalam IC pon boleh guna.. kalau pakai apps ni rasa mcm.. hmm ntah la hahahaha
Quote rosedemon 16-2-2023 08:12 AM
okayyy thennn ? nk kena glbah ttek ke
Quote Burong_Hantuk 16-2-2023 08:16 AM
jangan sembangggg jer lebih
Quote supernaturalee 16-2-2023 08:16 AM
register hr sabtu hari tu awal pg sblm 7 br lps
masa tu xde lg tny soalan2 utk ciri2 keselamatan ape

Quote cmf_premierleag 16-2-2023 08:19 AM
Apa mmg gomen skang stok2 bangsat ke eh? Ms korang nk develop sistem ni dulu mmg main redah je ke takde planning bagai? Kampeni yg dpt buat projek ni main sebat je pilih sbb krono ke hapa? Sistem jpj mmg bangang bodoh abadi pun

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.028794 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top