CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Letih Penduduk Jerantut Buat Aduan Jalan Berlubang, Langsung Tak Ada Tindakan! Tampal Sendiri Jelah

15-2-2023 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 680| Komen: 6

JERANTUT – Penduduk di dua buah kampung mengambil inisiatif sendiri untuk menampal jalan yang berlubang menggunakan batu kapur selepas aduan mengenainya yang dibuat kepada pihak berwajib sebelum ini tidak mendapat perhatian.


Usaha menampal jalan melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Jeransang dan Kampung Orang Asli Sungai Kiol itu dilakukan dengan kerjasama PKR Cabang Jerantut.

Ketua PKR Cabang Jerantut, Mohd. Rafly Mohd. Satar berkata, kerja-kerja menampal jalan berlubang mengambil masa kira-kira sejam.


Foto: Kosmo

“Lubang di atas jalan itu telah banyak mendatangkan masalah kepada penduduk apabila ramai yang mengalami tayar bocor. Mereka menggunakannya untuk pergi kerja, menghantar anak sekolah dan pelbagai urusan siang dan malam.

“Tindakan menampal lubang sendiri dilakukan selepas tiada apa-apa tindakan dilakukan pihak berwajib setelah aduan yang telah dibuat oleh penduduk,” katanya di sini semalam.


Menurut Mohd. Rafly, seba­nyak satu lori batu kapur bertanah digunakan bagi menampal lubang-lubang yang agak dalam dan besar di laluan utama ke kampung berkenaan.

Tambahnya, batu kapur digunakan untuk sementara waktu sebelum ia diturap dengan tar oleh pihak terbabit.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama penduduk kampung di daerah ini akan terus melakukan kerja-kerja menampal jalan dari semasa ke semasa demi keselamatan penduduk.

Ujarnya, PKR Cabang Jerantut akan bekerjasama dengan beberapa kampung lain lagi untuk menampal jalan-jalan yang berlubang di sekitar kampung itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 15-2-2023 09:56 AM
masa nak PRU haritu je kelam kabut semua jalan repair. tutup sana-sini sampai jem. besarkan jambatan, longkang baru tanak banjir

habis PRU. jalan tinggal kon, jambatan tak siap, longkang tumbuh semak
Quote cikatilia 15-2-2023 10:30 AM
Adrif replied at 15-2-2023 09:56 AM
masa nak PRU haritu je kelam kabut semua jalan repair. tutup sana-sini sampai jem. besarkan jambatan ...

tu ar tu
masing2 dok diam2 aje kat opis
yg penting gaji berkepok2
Quote mikasa 15-2-2023 10:32 AM
Sekarang sibuk fikir camana nak cari projek tu....utk tolong rakyat
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:05 AM
tunggu VVVIP datang nk buat lawatan ke apa...cepat jer jln tu dorang repairrr
Quote rosedemon 16-2-2023 08:10 AM
tampa sndiri sudahhhhh
Quote supernaturalee 16-2-2023 08:29 AM
kj je laju deme buat kje

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.041985 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top