CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Yang Masih Hidup Walau Lebih 7 Hari Bawah Runtuhan, Operasi Menyelamat Terhad Sebab Cuaca Sejuk Melampau

15-2-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 476| Komen: 3

ANKARA – Sebilangan mangsa gempa bumi di Turkiye berjaya diselamatkan selepas lebih seminggu bencana berlaku yang menyaksikan angka korban melepasi 37,000 orang, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Antara mangsa yang diselamatkan ialah Huseyin Berber. Dia diusung keluar dari sisa runtuhan kediamannya di Antakya, selatan Turkiye, selepas terperangkap lebih tujuh hari di bawah runtuhan konkrit.

Lima jam sebelum itu, anggota-anggota penyelamat melaung kalimah ‘Allahuakbar’ apabila kanak-kanak perempuan bernama Hivay User diselamatkan dalam keadaan dia memakai baju tidur di bawah runtuhan di Adiyaman.


Hivay diselamat selepas lebih seminggu dalam keadaan dia memakai baju tidur dari runtuhan di Adiyaman -Foto: Getty 

Di wilayah paling teruk terjejas, Hatay, seorang mangsa bernama Naide Umay diselamatkan selepas 175 jam terperangkap di celahan runtuhan.

Bagaimanapun, harapan untuk menyelamatkan mangsa masih hidup semakin tipis. Anggota-anggota penyelamat berkata, usaha mencari dan menyelamat akan menjadi terhad disebabkan suhu sejuk yang boleh mencecah -6 darjah Celsius.

Ketua Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths berkata, fasa menyelamat kini semakin hampir ditamatkan dengan fokus akan bertukar kepada menyediakan perlindungan serta makanan.

Ramai mangsa yang terselamat dilaporkan terpaksa tidur di dalam kereta selain sebuah keluarga terdiri daripada tujuh anggota adalah antara mangsa yang berlindung di bawah khemah di sebuah stadium bola sepak.

Ramai kanak-kanak berada di luar tanpa pemanasan atau alat mainan, namun mereka yang rata-rata berusia satu hingga 10 tahun masih tersenyum ketika petugas Bulan Sabit Merah menghulurkan biskut penambah tenaga serta minuman ringan.

“Ia amat menyentuh hati melihatkan kanak-kanak itu terpaksa menjalani hidup seperti ini,” kata seorang sukarelawan, Anastasia Ozdemir. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 12:22 PM
moga dipermudahkan urusan
Quote noor2 15-2-2023 12:39 PM
Brp lama je depa boleh minum air kencing sendiri....tanpa air dlm badan...segala organ penting dlm badan akan rosak.


Sedihnya...moga mereka cepat diselamatkan...amin
Quote rosedemon 16-2-2023 08:10 AM
malaikat yg jaga

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058466 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top