CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tayar Motor Bergesel, Lelaki Mati Digilis Dan Diseret Lori Ayam Sejauh Lima Meter

15-2-2023 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1004| Komen: 4

KUALA LANGAT – Seorang lelaki maut apabila apabila digilis dan diseret sejauh lima meter oleh sebuah lori muatan ayam dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Klang- Banting- Port Dickson, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata,  kemalangan berlaku ketika mangsa yang berusia 43 tahun menunggang motosikal jenis Honda Wave dan lori itu masing-masing menuju ke Morib dan Banting.

Katanya, setiba di lokasi kejadian motosikal mangsa dipercayai bergesel tayar belakang sebelah kiri lori menyebabkan kenderaan yang ditunggang hilang kawalan sebelum terjatuh atas jalan seterusnya digilis dan diseret lori tersebut sejauh lima meter.


Foto: Kosmo

“Mangsa yang parah di kepala selain kaki kanan hampir putus kemudiannya meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau menambah pemandu lori dan kenderaannya telah ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, Ahmad Ridhwan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran ditalian 011-62622972 atau 03-31872222. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 15-2-2023 11:15 AM
hamoih nama polis kerlassss yachhh
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 12:07 PM
takziah buat fmly
Quote rosedemon 16-2-2023 08:09 AM
sian eh. takziah tau
Quote supernaturalee 16-2-2023 08:33 AM
what an unfortunate events




btw...nama io ni
Keisha Nur Azalea Betty ..... drama akasia is real

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.033918 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top