CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Minat Jadi Pengurus Harimau Malaya, Tapi TMJ Tawar Bantuan

15-2-2023 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 743| Komen: 4

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan Utusan Malaysia tidak berminat menjadi pengurus pasukan kebangsaan.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.


Beliau dimaklumkan sendiri TMJ sewaktu bertemu pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di Johor Bahru, Sabtu lalu.


FB JOHOR SOUTHERN TIGERS

“Pertama, beliau (TMJ) jumpa saya sebab nak tahu me­ngenai kemenangan saya (sebagai Ahli Majlis FIFA) di Bahrain dan beliau ucapkan tahniah.

“Kedua, saya nak jelaskan beliau tak berminat nak memegang apa-apa jawatan (dalam skuad kebangsaan), sama ada pengurus pasukan atau apa sahaja.

“Tetapi bermula dari sekarang beliau nak usahakan untuk membantu pasukan kebangsaan, apa yang boleh beliau bantu terutama untuk persiapan ke Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan.


“Beliau kata nak sumbangkan beberapa kelengkapan gimnasium lagi dan beliau minta Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon senaraikan barang.

“Kemudian beliau kata Stadium Nasional nak kena buat (naik taraf) tahun ini, jadi beliau mempelawa untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

“Pan Gon pun tiada masalah dengan perkara itu dan dia pun sukakan padang di Stadium Sultan Ibrahim selain fasiliti sains sukan yang ada dekat sana,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


FB JOHOR SOUTHERN TIGERS

Terdahulu, TMJ dipersetujui beberapa pihak sebagai individu yang layak menjadi pengurus pasukan Harimau Malaya terutama untuk menghadapi Piala Asia 2023.

Dalam pada itu, Hamidin berharap semua kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) selain kerajaan boleh membantu untuk membawa pasukan kebangsaan ke tahap lebih tinggi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 15-2-2023 08:21 AM
respect TMJ utk develop bola Malaysia...ketepikan parasite yg suka hentam JDT.....
Quote pinkpunk 15-2-2023 09:12 AM
tmj dah kembang balik badan dia...
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:31 AM
whateverrrrr
Quote babelina 15-2-2023 02:13 PM
sbb TMJ la semua nk majukn bole sepak.. klau x stadium sgor tu tukun dh.. x di usik2.. peminat bola semua mmg nk sesuatu yg hebat dlm negeri masing2.. mcm Johot ada JDT tu..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.028615 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top