CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belia Melayu Hari Ini Jahil, Raikan Hari Kekasih

14-2-2023 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2240| Komen: 38


Belia Melayu hari ini meraikan Hari Kekasih atau Valentine Day yang disambut pada setiap 14 Februari kerana jahil, tidak memahami hukum agama.

Kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, faktor lain adalah kerana belia mengamalkan hedonisme iaitu fahaman yang meletakkan kecenderungan hawa nafsu lebih utama berbanding perkara lain seperti akhlak dan budaya baik.



Gambar hiasan

"Ini diketepikan, hanya semata-mata untuk memenuhi kecenderungan hawa nafsu yang lazimnya membawa kepada perkara bercanggah dengan agama.

"Contohnya kerana cinta, mesti kita lempiaskan cinta itu dengan acara-acara seperti 'dating' dan tidak mustahil juga akan ada yang lebih daripada itu.

"Statistik jabatan agama menunjukkan, tangkapan khalwat lebih banyak pada malam ini. Ia tidak berakhir dengan minum-minum dan makan-makan. Ada klimaksnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Seterus, beliau berkata belia Melayu menyambut Hari Kekasih kerana komitmen terhadap agama Islam itu kurang.

"Pada mereka, (Hari Kekasih) ini tidak ada apa-apa," katanya.

Katanya, pendakwah atau pempengaruh perlu lebih aktif memainkan peranan mereka untuk melarang kegiatan ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 14-2-2023 07:40 PM
Haaaa, mcm jahil lg dulu. Siap ade iklan minum arak jadi kuat.
Quote mojarean_X 14-2-2023 07:53 PM
opis iols wat celebrate bagi2 coklat sesama staff sambil beserta kad ucapan ari ni
Quote pu3_rania 14-2-2023 08:08 PM
Tengahari tadi masa keluar lift nak pi beli nasi bungkus untuk lunch, tiba2 aku jadi pelik awat ramainya dok pegang bungalah, belonlah dan coklat
Bila kawan aku dengar aku mengomel so dia bagitahu hari ni ialah Valentine Day
Larrr manalah aku nak ingat coz tak pernah celebrate
Quote Tinot7 14-2-2023 08:14 PM
Iols tak nampak pun sesapa sambut.. kelmarin mmg nampak ramai org borong cekelat kat supermarket.. tuh jahh..
Quote kitmal 14-2-2023 08:34 PM
dah berzaman dah ayat ni dari generi x ke generasi z...tapi berani ke kalau dia tukar ayatt :
PEMiMPIN SEKARANG ( PARTI POLITIK) :mengamalkan hedonisme iaitu fahaman yang meletakkan kecenderungan hawa nafsu lebih utama berbanding perkara lain seperti akhlak dan budaya baik.( RASUAH/PENIPU)
Ini diketepikan, hanya semata-mata untuk memenuhi kecenderungan hawa nafsu yang lazimnya membawa kepada perkara bercanggah dengan agama.

Statik jabatan agama tak ada ke catat yang tipu/scam haji....umat islam rasuah atau ni tak penting...
Quote nakkomenjugak 14-2-2023 08:50 PM
yang iol tahu coklat murah heheeh
Quote che-cikL 14-2-2023 08:54 PM
Bukan belia hari ni saja. Setiap generasi mmg ada yg raikan pun. Maknanya jahil tak jahil tu sepanjang zaman silih berganti, so? Kawan2 sezaman Mufti dulu belia, with due respect, pun sama jugak.
Quote esbok 15-2-2023 09:24 AM
tak teringat smlm valentine, hari ni baru ingat
Quote noor2 15-2-2023 09:30 AM
Opppppss...........
Quote hayrin86 15-2-2023 09:33 AM
pu3_rania replied at 14-2-2023 08:08 PM
Tengahari tadi masa keluar lift nak pi beli nasi bungkus untuk lunch, tiba2 aku jadi pelik awat rama ...

Sama la.. Jangankan Hari kekasih aje boikot, Hari-hari istimewa untuk meraikan sesuatu kalangan ataupun benda macam Hari Wanita, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja dan seumpamanya pun taknah terfikir nak sambut.. Cukuplah Hari Merdeka dan Hari Malaysia aje kita sambut..

Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 12:20 PM
perbuatan yg sia2
Quote kucingitam 15-2-2023 12:36 PM
dari dulu lagi lah..rasanya zmn sekarang ni ramai dah sedar valentine is haram.. thn ni pun mcm takde sambutan meriah, iklan2 ke apa..tau2 tgk kalender, eh, 14 feb hari ni.. so kertu iols
Quote fairiza 15-2-2023 12:37 PM
Baru ni member aku post dpt bunga cekelat bagai, aku cam eh besday ko keeee? Hahaha betapa valentine tu dah xde dlm kamus otak aku wakakakakak
Quote faraway1 15-2-2023 02:14 PM
Dulu ingat valentin hanya antara kekasih, suami isteri tapi bila duk kat sini, rupanya tidak.

So busy hati ni dapat ucapan dari abang ipar, bini dia, all my friends, even my boss..

Anak kasi lukisan
Quote white_musk 15-2-2023 02:32 PM
Jadi hari raya hari untuk memaaf maafan tu sepatutnya hari2 lah bukan hari raya saja...

- pilosopi malayu
Quote shiraloveyou 15-2-2023 04:35 PM
Tahun ni aku tak nampak sorg pun kawan2 muslim yg celebrate valentine..yg ade pun sorg tu pegang sekuntum bunga maybe orang agih2kan sempena valentine ...kt medsos pun tak nampak...
Quote LoveSungmin 15-2-2023 05:12 PM
hayrin86 replied at 15-2-2023 09:33 AM
Sama la.. Jangankan Hari kekasih aje boikot, Hari-hari istimewa untuk meraikan sesuatu kalangan at ...

banyak sangat harinya sampai tak boleh nak ingat tapi yang i pentingkan public holiday je..
Quote cmf_premierleag 15-2-2023 05:16 PM
So depa celeb valentine tu ada kacau duit dlm akaun bank ko ke??
Drpd ko sibuk nk tegur org nam rasa bahagia dgn psgn memasing, baik ko keluar statement psl travel agent,mutawif yg menipu pakej umrah haji sume tu.berani ke??
Ke main selective je nak hentam org lain?
Kolot sungguh pemikiran
X kisahlah valentine tu ada mene mengene ke dgn any dewa agama ke apa ke..asalkan x kacau duit org lain, apsal nk menggelupur???
Quote Prickford 15-2-2023 05:20 PM
Jangan kata belia, yg iolls nak tergelak anak Yasmin Hani & Sharin buat kad Valentine's Day utk parents siap bagi ucapan lagi. Yg bapaknya dgn dah tua bangka bertindik hidung acah2 muda belia bikin lagi kelakar.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.046620 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top