CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kau Ingat Kau Bagus, Kau Ingat Kau Cantik,"- Radhi OAG Maki Hamun! Bekas Isteri Dah Buka Tudung

14-2-2023 05:27 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8852| Komen: 74|Original author: Saiful

Bekas isteri memberitahu Radhi OAG menjerit dengan kata-kata kesat sebelum berlaku pergaduhan di parkir sebuah kondominium di Damansara tahun lepas.

Nur Shaira Ayu Zahiri berkata, Radhi memaki hamunnya dengan mengatakan ‘kau ingat kau bagus, kau ingat kau cantik’ hanya kerana dia enggan berswafoto.


Menceritakan kejadian pada 19 April tahun lalu itu, saksi pendakwaan pertama tersebut memberitahu semuanya bermula apabila dia dan kakaknya mahu mengambil anak lelaki mereka di kondominium tersebut.



“Saya tidak datang seorang tetapi bersama kakak, anak perempuan saya dan tiga lagi anak buah. Apabila sampai di situ (rumah Radhi), saya kemudian terus naik ke atas bersama tiga anak buah.

Sampai di unit rumah Radhi, saya kemudian terus mengambil anak lelaki saya yang sedang tidur di atas sofa lalu kemudian terus turun ke lobi,” ujarnya seperti dipetik melalui Kosmo.


Ibu dua anak itu berkata selepas turun ke parkir bawah, Radhi ada meminta untuk berbincang mengenai isu anak di tepi kereta sebelum pulang.



“Radhi kemudian mengajak saya untuk berswafoto dalam kereta menggunakan telefonnya. Saya cakap tidak mahu mengambil gambar macam itu, tak perlu nak peluk dan berswafoto kerana sudah bercerai.

"Kalau nak bergambar, ambil di luar kereta dan di situ permulaan Radhi marah. Dia jerit depan muka saya termasuk mengeluarkan perkataan kesat kerana marah kenapa tidak boleh berbaik untuk ambil gambar.

“Saya cakap elok-elok ketika perbalahan berlaku. Kenapa perlu marah? Kita ada kehidupan masing-masing dan tidak perlu ambil gambar sebegini,” kata saksi itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Wafi Hussain.

Susulan itu berlaku insiden tolak menolak dan berlaku pergaduhan sebelum kakaknya datang meleraikan situasi tegang yang berlaku.

Nur Shaira menambah ekoran kejadian itu dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pada hari sama selain mengesahkan terdapat kesan lebam pada tangannya akibat kejadian itu.

Dalam prosiding hari ini, ketika pemeriksaan balas peguam Haziq Aizuddin Subhi yang mewakili Radhi, Nur Shaira mengakui dia juga ada memukul tertuduh untuk mempertahankan diri.


Foto: kosmo

Perbicaraan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol bersambung lagi pada 21 Jun depan.

Melihat gambar terbaharu, mampaknya bekas isterinya dah buka tudung.


Foto: kosmo

Mengikut pertuduhan, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 46, didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shaira Ayu di parkir Emporis Menara D Kota Damansara, di sini, pukul 2.29 petang pada 19 April 2022.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun. –CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 14-2-2023 05:31 PM
Ex dia time bertudung nampak macam acik-acik marhain, bila free hair nampak semenggah sikit
Quote cikatilia 14-2-2023 05:36 PM
bala dpt ex husband mcm gini
Quote Parit.Hilton 14-2-2023 05:43 PM
fuhh lawa cik kak ni lepas free hair
Quote doubleA 14-2-2023 05:51 PM
Meh iols tolong jawab, cantik je ayu tu acik radhi oi, lagi cantik sejak cerai dengan ko
Quote Purplehaz 14-2-2023 05:54 PM
Haritu nmpk Ex bini lawo sgt kot..tu yg desperate nak berswafoto
Quote she 14-2-2023 05:57 PM
Lawa helok freehair
Quote alesandra 14-2-2023 05:59 PM
Mmg lawa pun ex ko tu.bukan mcm ko kepam haprak
Quote prince_marhaen 14-2-2023 06:02 PM
cantik ye, nampak wangi lepas terlepas daripada radhi busuk ni... you go girl!!!
Quote Adrif 14-2-2023 06:19 PM
tapi kenapa buka tudung? apa kena mengena nya?
Quote Suchi 14-2-2023 06:25 PM
Apasal nampak lain bila bertudung ngn tak bertudung?
Muka masih sama tp dia mcm bila tak bertudung dia nampak lebih elegan gituhh.
Quote Lampuled 14-2-2023 06:34 PM
Tak  tahu la patut puji ke tak..tapi yg freehair tu mmg terserlah pesona cantik dia. Yg masa bertudung tu biasa je mcm ibu2.
Quote LostStar 14-2-2023 06:41 PM
cantik bini dia bila tak dapat ke dia.. tu kadang org kata perempuan cantik bila dapat dengan lelaki yang betul kan..
Quote ezacbee 14-2-2023 07:18 PM
Payah duda kuat meroyan. Tabahlah ex.
Quote bondeh 14-2-2023 07:22 PM
Ayu nih pun masa masih isteri Radhio nih on off bertudung. Pernah kot dorang jadi tetamu sebuah rancangan kat TV9 kot masatu baru2 kahwin, pengacara masatu AG jawa tak habis2 puji cantiknya pandai ko pilih bini. Tersipu2 Ayu nih. Ayu nih walaupun masatu sangat muda tapi takdelah gedik2 sejenis cool. Nih dah free hair nampak wangi.
Quote umbut 14-2-2023 07:28 PM
Cantikkk.. Tapi sayang terkahwin ngan mat dadih ni. Mamat ni cari yg muda2 je senang kena kencing.. Tapi nanti netz kata, lebih cantik bertudung.. Indahnya bertudung.. Dasar netz munafikkk
Quote alagapass 14-2-2023 07:28 PM
Waww x berhijab terus nampak kelasss.
Quote little_sis 14-2-2023 07:31 PM
Ex-wife dia masa kawin tu rasa mcm muda sgt umurnya.. tapi mmg cantek aaa..
Quote nakkomenjugak 14-2-2023 07:39 PM
udah laaa acik radio oiiiii
ateee ko ada gf muda budak u kan?
moga sheol baca news ni
larikkkkk dek nonnnnnnn
Quote bintangct 14-2-2023 07:42 PM
ni ex yg ke berapa? yg ex dia pelakon tu ex bini ke berapa

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.149109 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top