Seorang wanita berdepan tekanan hidup apabila kekasihnya sanggup menipu dengan mengatakan dirinya mandul gara-gara tidak mahu bertanggungjawab selepas wanita itu disahkan hamil. Wanita itu menerusi ciapan di Twitternya baru-baru ini berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama kekasihnya yang dilihat cuba ‘lepas tangan’ terhadap kandungan tersebut.
“Beri tahu saya ini bukan satu jenaka, selepas enam bulan dan awak nak kata awak mandul? tak masuk akal sayang. “Sekarang awak tak nak bertanggungjawab? Awak tak mengaku anak awak? Selepas dah ada kekasih lain, baru nak mengaku kata mandul?,” ciap wanita itu. Melihat kepada perbualan WhatsApp itu, lelaki berkenaan memaklumkan dia telah membuat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan dirinya mandul. Dalam pada itu, lelaki tersebut turut mengugut kekasihnya selain meminta wanita berkenaan bercakap jujur sama ada dia pernah terlanjur dengan lelaki lain.''
“I (saya) baru sahaja dapat panggilan daripada doktor dua hari lepas. Doktor beritahu I tak boleh ada anak. Jadi I nak tahu betul ke tidak, you (awak) kena jawab dengan jujur. “Betul ke itu anak I atau anak lelaki lain? Sebab I 100 peratus pasti I tak boleh buat anak,” soal lelaki itu menerusi perbualan di WhatsApp. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta wanita tersebut memadamkan semula ciapannya kerana dilihat bakal memberi kesan buruk terhadap dirinya dan keluarga. Bagaimanapun, wanita itu enggan berbuat demikian dan memaklumkan mahu menuntut keadilan daripada nasib yang menimpanya. “Saya tak akan padam, dah ramai ‘hentam’ (salahkan) saya kata wanita tak ada maruah, tapi lelaki itu (kekasih) juga patut dipersalahkan dan bertanggungjawab,” tegasnya. –CARI Sumber: Kosmo
|
mojarean_X replied at 14-2-2023 07:22 PM
Buang masa je aku stalk twitter bdk ni. X de pun muka faiq tu
Kitty_catz replied at 14-2-2023 07:04 PM
dah terpeknen baru ingat Allah ke acaner?, masa main korang tak ingat pulak kan? anyways meols harap ...
green~tea replied at 14-2-2023 07:27 PM
Nah.. clear tak
mojarean_X replied at 14-2-2023 07:27 PM
Iols pun terkejut perlu ke bdk ni nk quote nama Allah bersama ngan aib dan dosa besar dia bg selu ...
Kitty_catz replied at 14-2-2023 06:55 PM
MUHAMMAD FAIQ AMIR BIN YUSNI ????????????
abes la kauuuu
green~tea replied at 14-2-2023 07:27 PM
Nah.. clear tak
Kitty_catz replied at 14-2-2023 06:55 PM
MUHAMMAD FAIQ AMIR BIN YUSNI ????????????
abes la kauuuu
midori888 replied at 14-2-2023 08:33 PM
haha siap nama penuh tu....umur brapa budak nie?
Kitty_catz replied at 14-2-2023 07:04 PM
dah terpeknen baru ingat Allah ke acaner?, masa main korang tak ingat pulak kan? anyways meols harap ...
ADVERTISEMENT