Personaliti TikTok Ratu Farah yang namanya semakin disebut-sebut baru-baru ini mencuri tumpuan lagi apabila menimbulkan kekecohan dalam satu sesi live termasuk dari Singapura. Difahamkan, ketika semua sedang berborak, wanita tersebut tiba-tiba menerjah sesi live berkenaan dan mula menengking, mendakwa ada yang menghinanya. Berang tiba-tiba disembur sedemikian, seorang daripada TikTokers berkenaan, Amell menegur tindakan Ratu. Katanya, Ratu sepatutnya lebih beradab dan tidak membuat tuduhan secara melulu sedangkan tiada seorangpun bercakap buruk mengenainya. Amell kemudian meminta Ratu meminta maaf kepada individu berkenaan dan anaknya yang telah ditengking sedemikian di hadapan khalayak.
Ratu Farah yang akur meminta maaf kemudian tiba-tiba memetik nama seorang TikToker bernama Wan Takaful pula sedangkan masalah mereka tiada sangkut paut. Katanya, dia pernah jatuh cinta dan sayangkan Wan. Wan yang membuat video meminta maaf turut menjelaskan mereka hanya rakan biasa. - CARI
|
Adrif replied at 14-2-2023 05:39 PM
aku takde tiktok, takde media social, melainkan cari forum je
tak paham langsung apa jadi ni
makton replied at 15-2-2023 12:07 PM
aku tak pelik klu dia mental. tp yg aku pelik followers dia tu, mental jugak kah?
ADVERTISEMENT