CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belanja RM500 Sebulan, Baru Semester Pertama Pelajar U Buntu Mak Ayah Merungut Banyak Pakai Duit

14-2-2023 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9620| Komen: 172

Seorang pelajar perempuan ini mengenai kekangan kewangan di institut pengajian tinggi (IPT) yang membuatkan dia runsing.

Kisah yang dikongsikan melalui video tular di TikTok itu bermula apabila adik kepada pelajar tersebut memberitahu bahawa ibu bapa di rumah sedang bergelut untuk membiayai keperluan pengajiannya.


"Aku ada soalan, semalam aku ada video call dengan adik aku. Aku tanya dia semua okay ke dekat rumah.

"Dan dia jawab yang mama dan abah cakap aku banyak pakai duit sejak masuk degree," kata pelajar itu yang sekarang sedang berada dalam semester pertama pengajiannya.


Gambar Hiasan

Gelisah kerana mendengar perkahabaran kurang enak dari rumah, pelajar itu membuat congakan ringkas tentang jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi menampung pengajiannya.

"RM500 untuk pelajar degree sebulan cukup tak? RM500 untuk makan, minum, barang keperluan dan beberapa hal di universiti yang aku kena bayar.


"Atau aku yang tak pandai berjimat sebenarnya," getus pelajar itu bersendirian sambil mengenang nasib hidupnya.

Meskipun persoalan tersebut bermain di fikiran, pelajar itu mengatakan dia sudah berikhtiar untuk bersederhana dalam perbelanjaannya dan dia seperti mati akal mengapa masih tersepit dalam situasi sebegitu.

"Tapi aku dah serius cuba untuk berjimat. Siapa-siapa ada cadangan lain tentang cara yang lebih baik untuk aku berjimat?

"Aku pun ada cari kerja sambilan tapi kawasan aku ni tak banyak kerja part-time untuk student," kata pelajar itu dalam kebuntuan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memahami situasi yang dihadapi pelajar tersebut dan mengambil peluang untuk menyingkap pengalaman pahit mereka sendiri.

"Ini la salah satu sebab mengapa aku ketepikan impian degree aku. Aku tak nak keluarga bergolok-bergadai lagi. Sekarang aku pula kerja demi balas jasa mereka.

"Aku pun teringin sangat nak sambung degree, tapi aku berhenti sampai diploma je sebab fikir adik-adik aku lebih berhak untuk sambung belajar.

"Aku sanggup lepaskan hasrat nak sambung degree sebab aku nak tengok adik aku berjaya dan dapat apa yang dia nak," kata sebahagian warga maya.

Beberapa warga maya lain turut menceritakan bagaimana mereka mencatu dalam perbelanjaan ketika masih bergelar seorang pelajar.

"Untuk saya sebagai seorang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), makan sehari kena bawah RM6 dan malam memang bantai makan mi segera sahaja. Maksudnya untuk sebulan, saya belanja makan RM180 je.

"Entah la. Dulu aku RM250 sebulan. Itu la buat makan, have fun apa semua pakai duit itu je. Tapi tak pernah minta lebih sebab tahu abah pun susah.

"Saya RM200. Buat kerja sambilan. Apabila kawan ajak lepak, sebulan sekali je keluar. Ada keinginan tapi lebih dahulukan keperluan. Saya pun tahu kemampuan orang tua saya macam mana.

"Sama la aku buat kerja part-time, itu pun kalau ada event dekat hotel dan dapat duit bulanan RM150 je, tambah lagi harga barang sekarang mahal," kongsi netizen mengenai asam garam kehidupan mereka.

Ada juga warga maya yang sempat memberikan nasihat dengan mengatakan pihak institut pengajian tinggi ada menyediakan tajaan dan bantuan untuk pelajar kurang berkemampuan.

"Cuba pergi dekat unit bendahari di universiti. Tanya untuk bahagian scholarship dan kalau ada sebarang bantuan yang disediakan pihak universiti. Kadang-kadang ada tapi pelajar yang tak tahu.

"Dekat kafeteria dalam kampus pun biasanya ada lot kedai yang disediakan untuk pelajar, boleh berniaga kecil-kecilan untuk buat duit poket dan pendapatan sampingan," kata warga maya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 14-2-2023 03:13 PM
pergi lembaga zakat. daftar jadi asnaf. boleh untuk sambung belajar.
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 03:14 PM
bertabah laaaa
Quote ekselen 14-2-2023 03:26 PM
Edited by ekselen at 14-2-2023 03:27 PM

Apply je la ptptn atau pinjaman mara... Dah keja sok, byr lah... Iols xde nk nyusahkan mak pak yelah diorg pun byk gak nk tanggung...ptptn pun boleh buat half loan. Takla byk nk byr nanti... Nk belajar xyah berkira sgt, ujung2 korg jgk dpt hasilnya nanti...
Quote sayurmayur88 14-2-2023 03:30 PM
kesiannya.
aq faham perasaan tu.
thats why aq tak nak masuk U even keputusan SPM aq kira hebat juga, dengan 6 org beradik semua nak sekolah, aq rela je masuk form 6. ayah sorang je makan gaji. makan pon susah. sedih nyaaaa
Quote NurAlia14 14-2-2023 03:35 PM
Aku lebih rela buat ptptn dr minta parents..dr dip smpai degree sume sdri..hutang? Pandai2 la byr balik..sume atas sdri je..
Quote bondeh 14-2-2023 03:36 PM
Alhamdulillah sepanjang meolls belajar dulu tak pernah sesak, tambah masatu sorang lagi kakak meolls pun sedang study juga. Lepas habis STPM meolls kerja sebagai Promoter kedai pakaian, cukup simpan sikit2. Alhamdulillah juga arwah ayah meolls memang tinggalkan duit dengan konsep "simpanan untuk anak2 belajar esok".
Quote ifanonline 14-2-2023 03:40 PM
tak dinafikan barangan asas skrg memang mahal, you need to do something to get money...
Quote acik79 14-2-2023 03:42 PM
Aku dulu dapat pinjaman MARA, tak sebanyak PTPTN, dah habis duit MARA bg tu, hujung2 semester baru minta parents aku… diaorg keje gomen tp kami adik beradik 5 org rapat2 semua lak masuk U… mmg mak bapa aku banyak habis kat kitaorg… sian mak bapa aku… kitaorg yg pompuan jimat cermat, adik laki aku je dpt PTPTN habis dia joli…

Kat U aku cari dulu sendiri, join kelab masak2 jual makanan kat kolej kediaman, dpt la sebulan RM60-70… pastu aku jual sweater ala2 omputih dulu2 glamer… 1 sweater dapat upah RM5 mcm tu… aku jual la banayk2 kalau aku nak duit lebih sikit… banyak cara la nak cari duit yg halal ni…
Quote prettyuglybabe 14-2-2023 03:44 PM
pada i lebih dari cukup..
jumlah tu silap-silap sama jumlah perbelanjaan bulanan satu keluarga..
duit makan minum, selagi boleh jimat, kau kena la tahan berjimat..
ini tiap minggu bedal movie stabak bagai, memang la tak cukup..
anak-anak zaman sekarang dah terlampau senang..
tak sama macam zaman kita dulu..
kita dulu nak masuk mekdi kehepsi pun pikir panjang..
la ni, apa tempat dorang tak masuk..
pantang viral semua serbu..
Quote jfq 14-2-2023 03:45 PM
Aku pun teringin sangat nak sambung degree, tapi aku berhenti sampai diploma je sebab fikir adik-adik aku lebih berhak untuk sambung belajar.

Sebenarnya aku tak faham philosophy ni
Kenapa yg tua kena put aside futher education tp adik2 boleh belajar sampai abis degree
Quote Sazreena 14-2-2023 03:53 PM
Aku dulu punyalah nak jimat sanggup aktif kat kolej semata-mata nak duduk hostel. Cuma masa awal part 6 six je aku sewa flat jap sementara tunggu approval dok hostel. Tu pun keje jap kat kedai maria sebab tak nak susahkan mak ayah aku. Nasib la dapat idup ngan duit ptptn & duit abang aku. Nak survive ni boleh je asal ko jgn terikut-ikut member yg layan makanan viral, shopping bebukan atau layan boipren. Megi mmg dah jadi makanan ruji la kalau tibher lapo lepas dining tutup.
Quote kucingitam 14-2-2023 03:56 PM
aku pernah baca dulu, kalau keluarga tu susah, jangan suruh abang/kakak berhenti belajar dan berkorban utk adik tapi sebaliknya biar drg belajar sampai berjaya dan bantu adik2 belajar. at least kalau drg sekolah sampai djh 6, adik tak dapat pergi sekolah, drg boleh ajar adik2 basic sekolah rendah dah..
Quote akuMNdia 14-2-2023 04:01 PM
anak sedara aku dapat ptptn.
lepas tolak yuran itu ini balance tak sampai RM300.
kesian pulak aku tgk. udahler makanan mahal.
Quote Lagubestbest 14-2-2023 04:03 PM
Edited by Lagubestbest at 14-2-2023 04:04 PM

sian anak2 umo 18 baru dapat masuk uni naif sangat pasal duit. parents sembang tak cukup tapi masing2 dah start tempah langsir, cat rumah dah dekat nak raya dah ni. lebih kepada parents unwilling to give more je ni.
Quote bvsf06 14-2-2023 04:03 PM
Skrg jadi trend parents tak kasi anak2 ambil PTPTN sbb taknak anak2 terbeban hutang katanya. Padahal sendiri bukan org senang dan mmg perlu apply pon. Effectnya dekat anak juga kemudian hari.
Quote pp_gurl 14-2-2023 04:22 PM
aku plak dpt offer degree lps abis diploma
mak kata keje la dulu sbb dia kata adil utk semua anak2 dia, dia hantar sampai dip je
nak sambung degree pakai la duit sendiri
maka aku pun kerja dulu kononnya dah keje ada duit bye2 degree...hahahahha
Quote green~tea 14-2-2023 04:26 PM
Dah bodoh tak mampu dpt biasiswa tp merengek jugak nak masuk uni... pastu peras kederat mak bapak...

Helooo masuk je laa uitm atau politeknik..
Quote cecari 14-2-2023 04:28 PM
Themilo replied at 14-2-2023 03:13 PM
pergi lembaga zakat. daftar jadi asnaf. boleh untuk sambung belajar.

betul tu... pengajian menengah swasta pun mudah2 capai rm500 sebulan... ini kan pulak universiti
Quote ifanonline 14-2-2023 04:28 PM
harga pendidikan pun semakin meningkat, ibu bapa yg ramai anak tu bertabah lah...newly weds kena belajar pancut luar

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.127388 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top