CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan Intai Wanita Telanjang Sejak 30 Tahun Lepas Tumpas!

14-2-2023 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1826| Komen: 17

Tokyo: Polis Jepun menumpaskan kegiatan kumpulan voyeurisme (amalan mengintai orang lain bertelanjang) yang disyaki merakam gambar dan video ribuan wanita ketika mandi di kolam air panas di seluruh Jepun selama lebih 30 tahun.


Independent UK yang memetik akhbar The Asahi Shimbun melaporkan, tangkapan 16 lelaki itu adalah kejayaan polis di wilayah Shizuoka selepas menahan lelaki disyaki ketua kumpulan itu, Karin Saito, 50, lebih setahun lalu.

Saito, yang ditangkap pada Disember 2021, mengenal pasti lebih daripada puluhan lelaki yang katanya merakam dan berkongsi imej serta video aib wanita mandi di kolam air panas.


Foto: Livejapan.com

Tangkapan dibuat awal bulan ini dan membabitkan eksekutif kanan syarikat, pegawai kerajaan tempatan dan seorang doktor dari Tokyo.

Mereka didakwa melanggar ordinan pencegahan gangguan, undang-undang terhadap fotografi haram dan pornografi.


Mereka juga disyaki melanggar undang-undang pornografi kanak-kanak.

Saito mengaku melakukan perbuatan itu di sekurang-kurangnya 100 lokasi ketika dia berusia 20 tahun.

Menurut penyiasat, lelaki yang ditangkap mempelajari teknik voyeurisme daripada Saito, yang dikenali sebagai pengintai berkarisma dalam rangkaian, dan menggunakan teknologi canggih untuk merakam sekurang-kurangnya 10,000 wanita.

Mereka pernah merakam gambar dan video wanita di kolam air panas sambil bersembunyi beberapa ratus meter jauhnya di pergunungan.

Peralatan video dan fotografi berkualiti tinggi, termasuk kanta telefoto, digunakan oleh kumpulan itu.

Lelaki itu kemudian menghasilkan video lengkap dengan sari kata. Mereka turut mengadakan perhimpunan untuk menayangkan video.

Berita penahanan itu menimbulkan kejutan melalui komuniti kolam air panas negara, yang menarik kunjungan jutaan pelancong domestik dan antarabangsa setiap tahun.

Ia menimbulkan kebimbangan bahawa berita itu akan memberi kesan buruk kepada industri yang bangkit semula selepas dilanda wabak Covid-19.

"Ia mengejutkan dan saya perlu mengatakan perbuatan voyeurisme untuk tujuan mendapatkan imej bogel seseorang yang berlainan jantina perlu dihukum berat," kata pengarah eksekutif Persatuan Mata Air Panas Jepun, Yutaka Seki kepada South China Morning Post (SCMP). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 14-2-2023 01:50 PM
bab2 pervert, nippon mmg champion..tak kira muda atau tua..yg tua lagi dahsyat...
Quote sharlenetexas 14-2-2023 01:54 PM
Sewel?

Quote batu kikir 14-2-2023 01:56 PM
No issue.  Dah yg sipompuan pun mandi telanjang secara sukarela.  Bukan paksa pun. Kadang2 pompuan ni lagi orang pandang lagi dia lebih2..terkelenset sini,  terlondeh sana...... mcm la tak tahu kemungkinan nak kena skodeng sangat tinggi.
Quote nikaido 14-2-2023 01:58 PM
najib888 replied at 14-2-2023 01:50 PM
bab2 pervert, nippon mmg champion..tak kira muda atau tua..yg tua lagi dahsyat...

Cikgu Jepun sekolah menengah aku pernah ckp benda yg sama. Cikgu ckp  bayangkan kartun kanak2 mcm Doraemon pun ada lucah
Quote s@s@ 14-2-2023 01:58 PM
mustahillah....
jepun kan bertamadun, negara bersih, suka kutip sampah kt stadium
.
Quote ifanonline 14-2-2023 02:03 PM
jgn salah kan laki aje, yg betina pun kaki exhibitionist
Quote ifanonline 14-2-2023 02:04 PM
wanita jepun la paling bising sekali kalau bab2 ngerang
Quote vanillaninja 14-2-2023 02:10 PM
Beratus2 meter pun gigih nak skodeng. Dasar pervert.
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 02:14 PM
dasar jantan saiko
Quote prettyuglybabe 14-2-2023 02:19 PM
bangsa gila seks ni la dipuji paling sopan dalam dunia
Quote plywood 14-2-2023 02:27 PM
Video pervert jepun yang paling tak boleh blah aku pernah tengok.....

aim perempuan pakai skirt pendek, ekori sampai tempat sunyi, lepas tu lari ke arah perempuan tu dan londehkan skirt dan kemudian melarikan diri, semua berlaku sepantas kilat ...

...ada satu lagi aim perempuan skirt pendek ditaman, bila duduk dikerusi tersedia, dia akan cepat-cepat gari dengan rantai seluar dalam perempuan tu ke tempat duduk, kemudian lari dengan pantas. .. perempuan tu tak ada pilihan kena tanggalkan seluar dalam yang dah kena gari di tempat duduk..
Quote matamata 14-2-2023 02:29 PM
Yg ngendap pun pompuan jugak... Rakam pastu jual
Quote cmf_premierleag 14-2-2023 02:39 PM
nikaido replied at 14-2-2023 01:58 PM
Cikgu Jepun sekolah menengah aku pernah ckp benda yg sama. Cikgu ckp  bayangkan kartun kanak2 mcm  ...

Penah baca komik doraemon, ada satu part tu nobita pakai alat bercakap bohong,tp org bleh percaya apa dia ckp
So dia pi rumah sizuka guna pintu suka hati
Ms dia bukak je pintu, rupanya pintu tu dlm bathroom sizuka n sizuka tgh mandi
Nobita ckp bogel itu seni, lagi indah etc
Sizuka terpesona dan terus keluar ke pintu suka hati td tp muncul kt playground yg bdk2 laki main baseball tu
So suneo,giant sume tekejut tgk sizuka bogel ms tu
Quote Sazreena 14-2-2023 04:00 PM
Jepun kalau bab seks luar tabi'i memang champion.
Quote airfilterkotor 14-2-2023 04:52 PM
Kalau di translate lebih mirip ke arah seperti...kumpulan set-set kito mandi lanje.
Betulkan kalu salah.
Quote namr 14-2-2023 04:55 PM
ceh acah terpaling sopan padahal pervert nak mampus
Quote rosedemon 15-2-2023 08:37 AM
30 tahun baru tumpas? lemaaahhhh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.310608 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top