CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Menyesal Bagi Anak Nama Macam 'Virus', Bimbang Dibuli Kawan Sekolah

14-2-2023 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1397| Komen: 14

Seorang wanita menyesal selepas menamakan anaknya dengan nama unik dan cantik kerana dikhuatiri kedengaran seperti ‘virus’.

Utusan memetik catatan Reddit, wanita itu mengakui memberikan nama Genevieve Iris dengan tergesa-gesa kerana ingin melengkapkan sijil kelahiran sebelum meninggalkan hospital namun mula menyesal dengan pemilihan nama puterinya selepas 18 bulan bayi itu dilahirkan.


“Nama Genevieve Iris kelihatan sangat indah, tetapi nama manis itu terdengar seperti sesuatu yang berbeza sama sekali apabila disebut dengan pantas mengikut urutan.


Gambar hiasan

“Saya takut nama tengah anak saya berbunyi seperti ‘virus’ apabila  menyebutnya dengan cepat. Akan kedengaran seperti Geneve Virus pula,” jelas ibu itu dalam catatannya.

Bagaimanapun, ramai meninggalkan komen positif yang berpendapat nama itu cukup unik. Bagaimanapun, mereka menyokongnya untuk menukar nama anaknya di pejabat pendaftaran jika masih merasa bimbang.


Dalam kemas kini siarannya yang dipetik Mirror, wanita itu berterima kasih kepada warganet kerana memberi semangat dan membantu dia dan suami mencari penyelesaian mengenai nama anaknya itu.

“Kami mengekalkan Genevieve kerana kami masih menghargai keindahan dan versatilitinya. Kami bersetuju untuk menggugurkan Iris dan memilih nama tengah dwibahasa berbeza yang mempunyai bonus tambahan untuk hubungan keluarga kami yang berasal dari Mexico,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 14-2-2023 01:24 PM
Lah. Dah tukar nama kan? Jadi?
Quote faraway1 14-2-2023 02:12 PM
5 kali sebut nama anak dia, tak da sound virus pun
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 02:13 PM
lain kali fikir bnyk kali sblm nk buat apa2
Quote Atata 14-2-2023 02:23 PM
Betol jg la mcm virus yg tengah tu. Genevieve Iris bila sebut laju2 jadi Jenevif airus
Quote Sazreena 14-2-2023 03:25 PM
Ok je...yg kat india ngan indon tu lagi konfem-konfem ada yg bagi nama anak covid and corona. Yg indon tu selamba je bagi nama anak Karantina Covidah Corona. Ajebangang sok kena bahan.
Quote kelip2_07 14-2-2023 03:35 PM
Sazreena replied at 14-2-2023 03:25 PM
Ok je...yg kat india ngan indon tu lagi konfem-konfem ada yg bagi nama anak covid and corona. Yg ind ...

wooww br perasan gmbr profil nie si can yaman rupenye
Quote Decaffeinated 14-2-2023 03:36 PM
Atata replied at 14-2-2023 02:23 PM
Betol jg la mcm virus yg tengah tu. Genevieve Iris bila sebut laju2 jadi Jenevif airus

Yang ko tulis tu kalau sebut sebiji2 tapi omputih memang akan sebut sambung macam mak dia cakap dlm artikel tu.
Quote Sazreena 14-2-2023 03:57 PM
kelip2_07 replied at 14-2-2023 03:35 PM
wooww br perasan gmbr profil nie si can yaman rupenye

Opkoz..my peberet. Pemecah ovari sejagat ni cuols..
Quote supernaturalee 14-2-2023 04:56 PM
ujung2 pgl bedah je

meh..........

Quote kelip2_07 14-2-2023 05:08 PM
Sazreena replied at 14-2-2023 03:57 PM
Opkoz..my peberet. Pemecah ovari sejagat ni cuols..

penyebab ulang2 tgk early bird & bay yanlis
Quote white_musk 14-2-2023 05:08 PM
Anak sedara maid akak di Manila nama Corona Rose .. comel budaknya
Quote Sazreena 16-2-2023 10:42 AM
kelip2_07 replied at 14-2-2023 05:08 PM
penyebab ulang2 tgk early bird & bay yanlis

Ngefans Can Yaman! Sep sket
Quote kelip2_07 16-2-2023 10:55 AM
Sazreena replied at 16-2-2023 10:42 AM
Ngefans Can Yaman! Sep sket


Quote Supersirap 16-2-2023 12:27 PM
Nak sebut pun susah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.271908 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top