Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada masalah bagi Perdana Menteri memegang dua jawatan (Menteri Kewangan). "Yang masalahnya guna kedudukan untuk rompak harta rakyat," katanya dipetik Harian Metro.
Katanya, ketirisan tetap akan berlaku sekiranya seseorang gelap mata, menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri. "Ini terpakai di banyak kalangan. Yang bersih sama ada belah sana (pembangkang) atau belah sini (kerajaan) jangan bimbang. "Tetapi yang terpalit dengan rasuah itu harus rasa tertekan dan bimbang. "Saya bertekad apapun telahan dibuat, saya akan gunakan segala usaha bagi mengelak dan menghalang khianat rasuah yang berleluasa," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu dibuat berikutan soalan tambahan dikemukakan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang mempersoalkan kemungkinan wujud masalah termasuk skandal yang berlaku seperti zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekiranya memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. - CARI |
Burong_Hantuk replied at 14-2-2023 03:43 PM
sembang laaa bang non
ADVERTISEMENT