Ada yang mencadangkan agar kerajaan melaksanakan ‘Jualan Rahmah’ di pasar awam dengan menyediakan jualan bahan mentah dalam bentuk set termasuk mempamerkan harga secara terus kepada pelanggan.
Cadangan tersebut diutarakan orang ramai dalam ruangan komen seorang pengguna Facebook, Syuhada apabila dia memuat naik gambar set jualan yang diletakkan dalam talam mengikut menu masakan tertentu. Menurut Syuhada, ketika berada di Pasar Besar Cheras kelmarin, dia tertarik dengan teknik jualan yang digunakan seorang peniaga apabila menyediakan bahan lengkap untuk memasak kari. “Ada dua pilihan ‘lauk’ utama iaitu ayam dan ikan, rempah kari, cili kering, bawah besar semuanya lengkap dalam satu set talam. “Rasanya cara berniaga macam ini lebih mudah, bantu pembeli dapatkan bahan memasak dengan mudah, tak perlu masuk banyak kedai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, perkongsian wanita tersebut turut mendapat reaksi daripada pengguna yang lain, malah ramai bersetuju jika kaedah jualan seperti itu diamalkan peniaga pasar. “Saya cadang, ramaikan lagi peniaga guna kaedah jualan seperti ini, mudah untuk pembeli. Rasanya ‘Jualan Rahmah’ kerajaan pun boleh buat macam ini untuk bantu rakyat,” cadang Azrul. “Seronoknya kalau pergi pasar peniaga sedia macam ini, bantu bagi idea nak masak apa juga, lengkap bahan dalam set talam, setuju la cara ini perlu diperbanyakkan,” kata Nurul Amalina. -CARI Sumber: Kosmo
|
Rogue98 replied at 14-2-2023 11:35 AM
Rahmah lah..Madani lah....geli aku.
Dah elok2 Najib bagi nama 1Malaysia duk tukar2...idea tetap idea ...
Decaffeinated replied at 14-2-2023 12:08 PM
One Israel was formed by Labor leader Ehud Barak in the run-up to the 1999 elections with the aim ...
Decaffeinated replied at 14-2-2023 12:01 PM
Kalau nak request ikan siap siang, cili bawang siap potong boleh?
kucingitam replied at 14-2-2023 01:56 PM
haha beli kat aeon la...set siakap tiga rasa dah siap siang ikannya..
bawang pun siap potong, tin ...
Decaffeinated replied at 14-2-2023 03:20 PM
Seoul Garden pun kena masak sendiri tapi harga tak rahmah jugak
kucingitam replied at 14-2-2023 01:56 PM
haha beli kat aeon la...set siakap tiga rasa dah siap siang ikannya..
bawang pun siap potong, tin ...
kitaserupaaa replied at 14-2-2023 04:04 PM
Dulu rasanya pernah nampak giant ade jual set bahan mentah tinggal nak masak je. Sayur yg dah dip ...
kucingitam replied at 14-2-2023 04:07 PM
giant pun dah pupus dek...hihi.....
ADVERTISEMENT