CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kau Lagi Binatang Dari Binatang! 2 Bangkai Kucing Reput Ditinggal Pencinta Haiwan

14-2-2023 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1655| Komen: 15

Kononnya pencinta kucing, namun tergamak meninggal haiwan berkenaan dalam rumah berkunci sehingga mati kelaparan.

Menurut seorang ejen hartanah, Amri Najmin berkongsi cerita dengan mStar, dia mengeluh apabila meninjau sebuah rumah milik pelanggannya selepas ditinggalkan penyewa yang tidak bertanggungjawab.



Keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa tidak bertanggungjawab.

Jika dilihat video dikongsikan di TikTok, ramai menyangka keadaan rumah teres dua tingkat di Shah Alam kotor akibat banjir.

"Bukan sebab banjir, tapi satu rumah dari tingkat bawah ke tingkat atas dipenuhi dengan najis kucing. Baunya tak tahu nak cakap macam mana, busuk sangat.


Kesan cakar kucing pada sofa di ruang tamu.


"Kalau rumah sewa yang penuh sampah buat orang tak tahan, yang penuh najis ni lagi teruk," katanya ketika dihubungi mStar.

Difahamkan, kucing berkenaan dibeli penyewa tersebut selain menyediakan perkhidmatan penginapan atau hotel bagi haiwan peliharaan itu.


Najis kucing di bahagian tangga.

"Mereka menyewa sejak 2018, mula-mula okay. Tapi selepas itu ada sebulan atau dua bulan lambat bayar dan ia berlarutan sehingga ke PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Habis PKP tahun lepas, pemilik dah tak tahan sangat sebab empat bulan tak bayar sewa dan bil elektrik ada tunggakan RM8,000. Apabila dia pergi tengok, rumah tu berkunci.

"Tanya jiran-jiran, mereka kata dah lama tak ada orang duduk situ sejak dari awal tahun," ujarnya yang berpengalaman sebagai ejen hartanah selama 10 tahun.


Kotoran di tandas dan ruang makan.

Malah, jiran turut mengadu terdengar kucing-kucing meraung kelaparan. Namun, tidak dapat memberi makan kerana pintu rumah berkunci selain telefon penyewa tidak berjawab.

"Keadaan di dalam rumah teruk sangat terutama sofa ada banyak kesan cakar kucing. Semua lantai dari ruang tamu ke dapur, bilik tidur dipenuhi dengan najis kucing," katanya sambil menambah pemilik baru saja membaik pulih rumah berkenaan, awal tahun ini.


Bangkai kucing (bulatan) yang hanya tinggal tengkorak dan tulang.

Lebih mengejutkan apabila dia menemui dua bangkai kucing di tingkat atas, yang hanya tinggal serpihan dan tengkorak.

"Kerosakan teruk di lantai, dengan bahagian bawah kena cuci dan polish, manakala bahagian atas kena ganti baharu. Kerja-kerja mencuci dan membaik pulih selama tiga minggu membabitkan kos kira-kira RM30,000," kata bapa kepada dua cahaya mata itu.


Lantai di dua bilik turut dilumuri najis.

Nasihat Amri, sentiasa memperbaharui perjanjian sewa rumah bagi memastikan penyewa bertanggungjawab.

Semaklah latar belakang penyewa dan sentiasa berhubung terutama apabila ada tunggakan bayaran. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 14-2-2023 11:00 AM
ni keje backyard breeder & home pet sitter.
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 11:06 AM

tergamak sungguh
Quote pinggan 14-2-2023 11:06 AM
Gila orang mcm ni. Keras hati
Quote immi 14-2-2023 11:39 AM
Jahat dan giler kejam ...kesian 2 eko miau tu
Quote Tembikaigoreng 14-2-2023 11:42 AM
Pastu jiran xreti call siapa² ke? Dengar gitu jelah??? Apoooo!!!!
Quote kemaruk 14-2-2023 11:57 AM
Yang bela kuching banyak2 ni memang ada masalah mental

Dorang tak sedar.. dorang ingat perbuatan dorang bela kuching ramai2 taik berterabur ni perkara normal
Quote KamikuP 14-2-2023 12:41 PM
Mohon reveal sapa penyerewa tu nak tau dari negeri mana punya peragai supo haram jadah ni..
oh miau kesiannya kamu .. huhuhu
Quote prettyuglybabe 14-2-2023 12:42 PM
dia bukan bela kucing sebab sayang tapi sebab duit..
viral je apa nama penyewa tu dengan apa nama service dia..
so that orang aware tak beli hantar or donate apa-apa kat dia..
Quote nanasno 14-2-2023 03:29 PM
teringat kedai petshop breeder dulu apa nama entah. pastu viral dorg breed sampai kucing owner sakit ke  mati tapi taknak bertanggungjawab. apa nama entah dulu ada banyak branch tapi yang i ingat dekat taman melati dulu ada satu. dah kambus pun kedai tu.
Quote bakingsoda 14-2-2023 03:31 PM
Edited by bakingsoda at 14-2-2023 03:33 PM
Difahamkan, kucing berkenaan dibeli penyewa tersebut selain menyediakan perkhidmatan penginapan atau hotel bagi haiwan peliharaan itu.

yihhh kalau dah membeli kucing tu tak payah nak panggil pencinta haiwan! pencinta duit je tuh, ntah2 kucing beli tu pon  utk ternak dan jual,bukan bela semata.


Malah, jiran turut mengadu terdengar kucing-kucing meraung kelaparan. Namun, tidak dapat memberi makan kerana pintu rumah berkunci selain telefon penyewa tidak berjawab.

nampak nau tak kisah mana pon kalau kucing sampai tinggal tengkorak, boleh je call bomba atau cari pemilik rumah supaya buka pintu rumah, atau at least la at least cari lubang boleh masukkan kibbles dan air
Quote tipah89 14-2-2023 03:53 PM
babinya perangai..xnak bela lepas la kucing tu bodo..eii gerammnya aku
Quote manjalara_01 14-2-2023 04:29 PM
Edited by manjalara_01 at 14-2-2023 04:30 PM

Nak nangis tgk, kalau dah kena hidu confirm nangis teresak2
Quote liyamariska 14-2-2023 08:42 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote becir 14-2-2023 08:46 PM
Jiran apsal tak call polis or bomba whatever la report dengar kucing mengiau tuannya takde..
Quote che-cikL 14-2-2023 08:51 PM
Aduuhhh sedihnya kesian budak2 bulus tu sementara nak mati tu kelaparan dan usaha nak keluar.
Semoga mereput penganiaya haiwan2 ni semua. Sebelum mati biar dia rasa apa yg kucing2 tu rasa terseksa.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.163198 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top