Angkasawan wanita pertama Arab Saudi bakal ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada suku kedua tahun ini. Harian Metro memetik Agensi Anadolu melaporkan, Suruhanjaya Angkasa Saudi dalam satu kenyataan pada Ahad mengumumkan Barnawi dan Ali AlQarni akan menyertai krew misi angkasa lepas AX-2.
Ia bagi "memperkasa keupayaan negara dalam penerbangan angkasa manusia dan memperoleh manfaat daripada peluang yang ditawarkan oleh industri angkasa lepas." "Penerbangan ke angkasa lepas itu dijadual dilancarkan dari Amerika Syarikat ke Stesen Angkasa Antarabangsa," menurut kenyataan itu. Selain Rayyanah dan Ali, program Penerbangan Angkasa Manusia Arab Saudi turut melatih dua lagi angkasawan iaitu Mariam Fardous dan Ali AlGamdi. - CARI
|
Dwdrum replied at 14-2-2023 04:04 AM
Saudi akan pegang 2 record 1st muslim ke angkasa and 1st wanita muslim ke angkasa...
airfilterkotor replied at 14-2-2023 12:31 PM
Dah sampai ISS, jangan lupa wasap kat group Penganut Bumi Rata Muslim.
gigahertz replied at 13-2-2023 08:15 PM
Saudi ni cash rizab dia banyak giler. kalau dia mula join-join aktiviti sains ni semua ....banyak ...
kucingitam replied at 14-2-2023 12:34 PM
buat live dgn si ss tu..tunjuk terus rata ke idak..
ADVERTISEMENT