Nadya Syahera mendedahkan rumah tangganya diganggu penyondol. Menurut laporan Gempak, Nadya tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan tertarik dengan kesenangan hidup suaminya, Fizul Nawi.
“Sebelum ini saya ambil tahu dan tahu la ada juga… mereka nampak kita senang. Mungkin nampak macam suami saya ada itu ini. Nampak more to materials kot. “Tapi kalau kau ada di tempat aku, kau sanggup tak duduk seperti aku. Aku dah lapan tahun tau, kau baru nak masuk duduk tiga atau empat bulan, better tak payah dik. “Lupakan nak ambil laki kakak… ha macam itu. Kalau kau sanggup bertahan macam kakak, I bet you potong jari, pergilah,” kata Nadya kepada Gempak. Justeru, Nadya menasihati wanita bujang untuk tidak menggangu rumah tangga orang jika tidak mahu rumah tangga sendiri kena kacau kelak. “Sebab dunia kita berpusing, kalau kita buat orang esok lusa mungkin kena pada kita. Sekarang ini saya nampak Allah memang bayar cash. Kalau awak ambil, boleh rasa bahagia, go ahead.
“Saya dah tahap macam itu sekarang. Kalau kau nak, kau ambil. Kalau kau boleh bahagia, bahagia tu rezeki kau. Kalau aku tak boleh bahagia dengan cara ini, tak apa Allah beri cara lain,” ujarnya. - CARI
|
Kurex replied at 14-2-2023 11:31 AM
Kenapa perlu bercinta kalau mampu merampas?
ADVERTISEMENT