CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk Nenek Uzur Dan Daif Terpaksa Jaga 5 Cucu, Tak Mampu Biaya Sekolah

14-2-2023 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2183| Komen: 23

ALOR SETAR – Meskipun hidup dalam keadaan serba kekura­ngan, pasangan warga emas dari Kubang Rotan dekat sini tetap tabah menjaga lima cucu yang kehilangan ibu mereka akibat kanser perut, tiga tahun lalu.


Khamis Salleh, 65, dan Jamariah Zakariah, 60, tidak mahu cucu-cucu mereka berusia 10 hingga 21 tahun ditempatkan di rumah kebajikan.

Akibat kesempitan hidup, pasangan itu tidak mampu menyekolahkan empat daripada lima beradik kecuali yang bongsu.


Foto: Kosmo

Menurut Jamariah, dua daripada cucu mereka iaitu Nordini Shafiqah Mohd. Noor, 21, dan Muhammad Amir Daniel, 18, adalah orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran.

“Kami amat ralat kerana tidak mampu menyekolahkan mereka sehingga ke tingkatan lima kera­na tidak mampu kecuali yang kecil sahaja yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini semalam.

Katanya, dia hanya meraih pendapatan hasil jualan kuih-muih memandangkan kesihatan suaminya yang pernah membuat kerja-kerja kampung tidak begitu baik setelah menjalani pembedahan perut, tiga tahun lepas.

“Ada yang minta nak ambil mereka sebagai anak angkat, tetapi saya tak sanggup pisahkan adik-beradik ini,” ujarnya.

Cuma Jamariah risau dengan masa depan cucu-cucunya memandangkan usianya yang me­ningkat selain sudah uzur.

“Lebih risau adalah kami tidak mempunyai rumah sendiri.

“Dahulu kami pernah minta bantuan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin tetapi tak dapat,” katanya.

Sementara itu, Nurdini Elyana berkata, walaupun terkilan kerana tidak dapat meneruskan persekolahan, namun faham dengan kemampuan keluarga.

“Saya fikir untuk cari kerja dan bantu datuk nenek yang sanggup jaga kami adik-beradik walaupun hidup mereka susah,” ujarnya.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan kepada akaun Maybank 152095746692 milik Jamariah Zakariah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 14-2-2023 09:48 AM
Bapak budak2 tu dah mati jugak ke?
Kalau bapak dah mati, waris kena bertanggungjawab jaga kebajikan anak2 yatim ni...
Quote kepompong 14-2-2023 09:49 AM
Macam pernah baca cerita ni?
Quote kodoklawa 14-2-2023 10:09 AM
Kena masukkan  cucu yg masih sekolah tu dalam umah anak yatim..kebajikan terjaga..jangan sebab tak mau terpisah..pelajaran tercicir.
Quote krustykrab 14-2-2023 10:14 AM
Jgn la selfish nenek.. htr la mrk ke jkm. Kat sana terjaga. Bukan nenek tak blh melawat mrk.
Quote Samerosie 14-2-2023 10:14 AM
Bukan dah keluar ke cerita ni haritu.  Kak, eh nenek, hantar la anak2 tu ke rumah anak yatim, sekurang2 nya semua dapat sekolah semua dapat makan pakai.  Nenek pun boleh focus ulit laki yg sakit tu.
Quote naina 14-2-2023 10:16 AM
Masalah pembelajaran tu masalah belajar je..tapi kemahiran boleh di asah. Suruhlah kerja. Bukan cacat anggota. Dia macam lembab je..yang 21 tahun dengan 18 tahun suruh kerja makcik.

Anak buah Asben ada masalah pembelajaran. Tapi normal je boleh urus semua sendiri. Cume belajar je agak lambat dah masuk kelas khas. Dari pemerhatian weols..budak tu dari kecik dah bagi gajet dengan tengok tv. Mak bapak kerja. Pengasuh adik sendiri bujang. Mana lah rajin sangat nak cara budak. Mula2 kesan speech delay..masuk sekolah susah sangat ingat even abc..sampai darjah 2/3 cikgu panggil mak bapak suruh jumpa doktor dan buat kad OKU.
Quote capwayang 14-2-2023 10:17 AM
..actually kan boleh je kot kalau gi mohon kat sekolah untuk anak-anak Orang Asli yang ada asrama dan makan minum disediakan..
Quote Thunderclouds 14-2-2023 11:10 AM
Selfish.
In a way,dok kt umah kebajikan lg byk manafaat dr dok nganga kt umah.
Dok buat modal harap org huloq rm sikit sorg.
Kan? Kan?
Quote slyfynx 14-2-2023 11:23 AM


Lama x tgk tempat letak telur mcm kt rak blkg deme tu
Quote immi 14-2-2023 11:32 AM
slyfynx replied at 14-2-2023 11:23 AM
Lama x tgk tempat letak telur mcm kt rak blkg deme tu

Ooo bekas telo pengantin meols bg tetamu thn 1994 dulu camtu la selain bunga telo buat sendiri yuhuuu mmg rajin demi dpt nikah dh 29 thn bersama thn ni
Quote cmf_almondpecan 14-2-2023 11:36 AM
naina replied at 14-2-2023 10:16 AM
Masalah pembelajaran tu masalah belajar je..tapi kemahiran boleh di asah. Suruhlah kerja. Bukan caca ...

Kalau baca berita yang pernah keluar berapa minggu lepas, memang cucu2 dia termasuk yg OKU tu kerja. Katanya cucu OKU perempuan tu kerja pembantu kantin kat sekolah dekat rumah dia. Cucu OKU lelaki tu pulak kerja tukang rumah kalau tak silap. Cucu lain pun kerja katanya kecuali yg kecik.
Quote Rdizz 14-2-2023 12:01 PM
Pelajaran @ pendidikan patut keutamaan no1, takde pelajaran, susah lah, camna nk survive dlm hidup. Kesian cucu2 tu, moga Allah pelihara dan bagi jln keluar.
Quote gigahertz 14-2-2023 12:20 PM
kodoklawa replied at 14-2-2023 02:09 AM
Kena masukkan  cucu yg masih sekolah tu dalam umah anak yatim..kebajikan terjaga..jangan sebab tak m ...

kalau area utara ni satu je dok mintak.jauhilah dadah. sama ada nak jadi pengedar atau pengguna.
pengedar dadah suka bende2 macam ni sebab dia tahu
budak muda desperate kan . nak pakai duit.
Quote asamfish 14-2-2023 12:39 PM
pusat zakat kedah ada bantu?  jkm mana?
Quote vanillaninja 14-2-2023 01:42 PM
Anak yatim piatu ke? Takde rujuk pada JKM?
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 02:57 PM
moga dipermudahkan urusan mereka
Quote kodoklawa 14-2-2023 05:24 PM
gigahertz replied at 14-2-2023 12:20 PM
kalau area utara ni satu je dok mintak.jauhilah dadah. sama ada nak jadi pengedar atau pengguna.
p ...

jangan hntr juga  kt pusat anak  yatim swasta...nnt jadi pengutip derma tepi stesen minyak.
Quote newyork 14-2-2023 06:56 PM
Selalunya nenek2 ni sukar nak lepaskan cucu ..hantar ja ke rumah anak yatim..kesian masa depan cucu2 tu..
Quote daisy71 14-2-2023 07:05 PM
Edited by daisy71 at 14-2-2023 07:25 PM

Ilmu penting rajin pun sama penting.  Ada ilmu tapi kalau malas apa pun tak jadi.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.177530 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top