CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Pesakit Kanser Pilih Bomoh Sebab Kos Rawatan Hospital Mahal Katanya

14-2-2023 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 559| Komen: 6

Kuala Lumpur: Maklumat salah diterima, rawatan kanser menyakitkan selain kos rawatan mahal antara faktor ramai pesakit kanser memilih mendapatkan rawatan alternatif.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, memilih rawatan alternatif menjadi kebiasaan di Malaysia terutama membabitkan wanita namun ia sebenarnya mengundang risiko kepada pesakit.


Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, Foto: Harian Metro

"Ini menyebabkan pesakit mungkin lewat mendapatkan khidmat nasihat profesional dan rawatan yang betul berikutan kaedah lain terutama bomoh bercanggah dengan rawatan diberikan profesional.

"Ia agak mendukacitakan berikutan pesakit kanser mungkin ada peluang mendapat rawatan lebih baik.

"Pesakit terbabit juga membahayakan diri sendiri, sebagai contohnya memakan ubat tak betul atau terdedah keracunan serta kesan sampingan. Selain itu mereka terdedah ditipu apabila ada perawat alternatif ini mengenakan caj mahal tetapi tidak mujarab," katanya.


Katanya, kerajaan perlu menyediakan sistem dan kakitangan yang mesra pesakit dengan menawarkan rawatan pada kos berpatutan.

"Kita perlu faham mereka (pesakit kanser) tertekan emosi selepas disahkan menghidap penyakit kanser. Kadangkala mereka tidak menerima nasihat sesuai. Bahkan ada antaranya menerima nasihat dalam bentuk menggerunkan hingga menyebabkan pesakit ini dapatkan rawatan luar (alternatif).

"Selain itu, saya harap kerajaan dapat menyediakan bajet sesuai terutama kepada golongan B40 dan M40 yang tertekan dengan penyakit kanser dihidapi. Ia sekaligus dapat membantu mereka menjalani rawatan mengikut kadar kemampuan mereka," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr M Murallitharan berkata, pesakit perlu terbuka menerima nasihat pakar berbanding terpedaya dengan pihak yang mengaut keuntungan dengan menawarkan kaedah rawatan salah sekali gus merisikokan nyawa pesakit.

"Ramai (pesakit) takut dengan masalah kanser dan menerima maklumat palsu bahawa rawatan kemoterapi dan sebagainya adalah merbahaya untuk mereka.

"Maka mereka cuba mencari penyelesaian dari pihak lain terutama apabila ada individu menjanjikan yang bukan-bukan. Contohnya memberikan gambaran sangat positif (peluang sembuh).

"Jadi, pesakit dan ahli keluarga perlu menerima maklumat serta pandangan dari pakar perubatan yang dapat memberikan maklumat terbaik untuk merawat seseorang pesakit," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 14-2-2023 10:36 AM
Kemo tu sakit n makan Masa vs. jumpa bomoh tu tiup2 je minum air dah ilang penyakit .
Quote kemaruk 14-2-2023 10:41 AM
Zaman kobid aritu bomoh pon ambik vaksin
Quote blue_blur 14-2-2023 10:46 AM
Edited by blue_blur at 14-2-2023 10:47 AM

stage 1 dan 2 berani la suggest kemo tu.

stage 3 tak berani suggest. 50-50.

stage 4 ikhtiar lega kan sakit dia aja.

prof atau persatuan ni ada release kan fakta/data, mengikut stage yang dah kemo, berapa orang dari keseluruhan buat kemo (bukan peratusan) yang sembuh sepenuhnya?

jangan petik tawakal dan dah ajal sebab umum tau ending nye macam mana, benda ni bukan benda baru.
Quote Thunderclouds 14-2-2023 11:16 AM
Kata oncologist² laki aku duluuuu..
Cancer stages bukan penentu chances ko punya survival.
It's how your body reacts to the treatment & ko punya will utk fight the disease will determine everything.
Throw in sama doa² dr family & friends also ajal maut tu suma kt tgn tohan.
Quote Adrif 14-2-2023 12:36 PM
kesian pada pesakit

btw, pertanyaan. kalau yang menderma darah, buku merah tu. boleh cover cas pembedahan, atau rawatan hospital untuk cancer tak?
Quote rosedemon 15-2-2023 08:32 AM
semoga dijauhkan dri kanser

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.082859 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top