Dua Lamborghini berharga kira-kira £1 juta (RM5.2 juta) milik bilionair rosak akibat berlanggar angkara pekerja valet sebuah kasino. LadBible dipetik Kosmo! Online melaporkan, dalam kejadian, pekerja berkenaan hilang kawalan ketika memandu salah sebuah kenderaan milik pengasas syarikat permainan sosial online, Virtual Gaming Worlds, Laurence Escalante.
Difahamkan, kedua-dua ‘supercar’ itu adalah model Lamborghini Aventador Ultimae, versi terakhir jenama kereta sport mewah itu. “Kami mengesahkan bahawa dua buah kereta rosak di laluan Crown Towers Perth sejurus sebelum pukul 9 malam (waktu tempatan), Rabu lalu. “Keselamatan kakitangan dan tetamu adalah keutamaan kami. Kami sedang menjalankan penilaian penuh bagi insiden itu bersama pihak terlibat,” kata seorang jurucakap pusat hiburan Crown Towers Perth.
“Saya benar-benar telah merosakkannya,” kata pekerja tersebut dalam rakaman tular yang memaparkan dirinya di bahagian tempat duduk pemandu ketika pekerja lain dan orang ramai tiba untuk memeriksa keadaannya.
|
ADVERTISEMENT