CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PBT, Polis Perlu Diberi Akses Pada Sistem Pendigitalan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu

13-2-2023 07:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 752| Komen: 3

Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berpendapat, polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasaan berkaitan perlu diberi akses pada sistem pendigitalan lesen kenderaan bermotor atau cukai jalan dan lesen memandu.


Ia bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan jenayah berkaitan pengguna jalan raya.


Aplikasi MyJPJ mengandungi cukai jalan, lesen memandu digital. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

"Akta Pengangkutan Jalan (APJ) tidak sepatutnya hanya digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebaliknya perlu turut melibatkan polis dan PBT.

"Sistem ini perlu diakses oleh agensi-agensi berkaitan lain seperti polis dan PBT kerana mereka juga boleh membantu mengesan kenderaan yang tamat tempoh cukai jalan atau pemandu tanpa lesen atau guna lesen yang luput tarikh.

"Jika agensi-agensi selain JPJ tiada akses kepada data pengguna dalam sistem JPJ, ia akan menimbulkan masalah, terutama ketika membuat pemeriksaan di sekatan lalu lintas," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.


Shahul yang juga pakar kriminologi berkata, akses kepada sistem pendigitalan yang diperkenalkan kerajaan juga perlu diperluaskan agar dapat mencegah jenayah di kawasan sempadan negara.

Namun, ia perlu dikaji dari segi keselamatan bagi mengelak maklumat pengguna digodam sekali gus membuka peluang untuk penjenayah melakukan jenayah terancang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 14-2-2023 05:08 AM
akak lg rela tampal sticker road tax .






Quote Highflyer19 14-2-2023 07:55 AM
Jgn pulak benda yg kononnnya memudahkan lebih menyusahkan pulak...
Quote pinkpunk 14-2-2023 03:58 PM
tul.. kenapalah kita nk kena bukak apps sume. korg tu polis / jpj lah tgk system korg..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 1.211825 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top