Umum tahu harga sayur semakin mahal, malah harganya melambung di beberapa tempat di seluruh negara. Terbaru, tular luahan seorang lelaki yang terkejut apabila perlu membayar RM9 untuk harga dua biji tomato seberat kira-kira 200 gram.
Difahamkan, sayur itu dibelinya dari sebuah kedai runcit kampung di Bukit Pulau, Melaka pada Isnin. Rayaan Naufal Osman, 30, berkata, dia singgah di kedai itu kira-kira jam 1.30 tengah hari untuk membeli cili kering dan tomato. “Sebaik sampai di kedai runcit kampung itu saya mencari cili kering namun ia sudah habis dan terus mencapai dua biji tomato bersaiz kecil sebelum memberikannya kepada peniaga untuk ditimbang. "Peniaga itu kemudian beritahu harganya RM9 membuatkan saya bertanya dua kali lagi untuk kepastian namun jawapannya masih sama dan saya terus membayarnya walaupun agak terkejut," katanya ketika dihubungi.
Sebelum pulang, dia singgah ke sebuah kedai runcit di Bukit Baru untuk membeli cili kering. Dalam masa sama, dia meminta tolong peniaga di situ menimbang tomato dibelinya. "Saya rasa agak mahal bila dua biji tomato berharga RM9. Selepas timbang, peniaga memberitahu harga dua biji tomato dengan berat sekitar 200 gram hanya berharga RM2.50. "Peniaga itu terus menjelaskan harga sekilogram tomato pada ketika ini adalah RM11," katanya. Dia yang merasakan harga tersebut tidak masuk akal memutuskan untuk berkongsi kejadian itu di Facebook. - CARI |
lazim replied at 13-2-2023 10:16 PM
Yg bodoh sgt tu knp
ninja boy replied at 13-2-2023 09:34 PM
Pasar basah kedai runcit selalu tipu timbangan sayur dikencing, sila pergi supermarket utk shopping
ninja boy replied at 13-2-2023 09:34 PM
Pasar basah kedai runcit selalu tipu timbangan sayur dikencing, sila pergi supermarket utk shopping
ADVERTISEMENT