Bong Guang Yik akhirnya tampil memuat naik video memohon maaf susulan kenyataan berbaur perkauman. Bekas pemain badminton negara itu yang berkongsi pendapatnya mengenai keadaan semasa badminton di Malaysia mengakui melampaui batas apabila menyentuh soal kaum dan agama, lapor Sinar Harian.
"Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak. Sebab saya berkongsi komen itu adalah kerana saya sangat meminati sukan berkenaan. "Saya rasa saya bertanggungjawab untuk berusaha dan mempertingkatkan sukan dan industri bagi manfaat semua. "Sebab itu saya kata semua peringkat pengurusan seharusnya dalam keadaan bagus," katanya seperti dipetik laporan media tempatan pada Isnin. Guang Yik juga akui dia tidak sepatutnya menyentuh isu perkauman.
Guan Yik yang berada di China sebelum ini mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi TikTok. Berikutan itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Isnin membidas kenyataan bekas pemain badminton negara tersebut. Menurut Hannah, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Guan Yik hanya merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014. Malah, dia juga sudah tidak menetap di Malaysia. - CARI
|
Solokkk replied at 13-2-2023 07:28 PM
So, terus suci murni?
habisnamadahni replied at 13-2-2023 11:27 PM
bangsa lain kutuk melayu islam buat permohonan maaf settle...melayu kutuk bangsa lain..statement pun ...
anilza10 replied at 14-2-2023 05:23 AM
Kann.. org lain kalau kutuk melayu senang2 je setel lps minta maaf... Kalau org melayu kutuk, kaw2 ...
casper2022 replied at 14-2-2023 08:33 AM
kau jejak je kaki kt bumi msia ni abis la kau
Zazama replied at 13-2-2023 07:17 PM
Campur gaul dgn solat 5x apa hal?
ADVERTISEMENT