CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyamar Jadi Pelanggan Nak Belikan Anak Gelang, Lelaki Kebas Emas Bernilai RM17,000

13-2-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 821| Komen: 6

KOTA BHARU – Sebuah kedai emas di Jalan Che Su di sini mengalami kerugian sebanyak RM17,000 selepas seutas gelang tangan dilarikan seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, suspek dikenal pasti sudah datang premis tersebut kelmarin dan memaklumkan hasratnya mahu membeli gelang emas berharga RM1,000 untuk anak perempuan.

Pekerja kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli, 25 berkata, lelaki itu datang dan melihat beberapa jenis gelang emas yang akan dihadiahkan kepada anak perempuannya.


Foto: Kosmo

Menurutnya, suspek dilihat turut mengambil gambar barangan kemas yang berkenan di hatinya sebelum memaklumkan bahawa dia akan datang semula untuk membuat pembelian keesokan hari iaitu semalam.

“Dia datang semalam dan mengatakan anaknya tidak berminat dengan corak gelang emas yang berharga RM1,000. Dia kemudiannya meminta saya menunjukkan gelang emas yang bersaiz lebih besar.


“Saya menunjukkan gelang emas corak terbaharu yang berharga RM17,000 kerana dia kelihatan benar-benar berminat dengan barangan kemas itu,” katanya ketika ditemui pemberita di premis tersebut hari ini.

Zulkifli memberitahu, suspek dilihat membelek-belek gelang tersebut sebelum dia terus melarikan diri membawa barang kemas itu.

Katanya, dia sempat mengejar lelaki itu sejauh 250 meter bersama beberapa orang awam, namun suspek gagal dikesan selepas melalui lorong belakang sebuah premis.

Ujarnya, setakat ini, pemilik kedai emas itu masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 13-2-2023 06:46 PM
Ait belum buat report..
Quote rosedemon 14-2-2023 08:47 AM
kel kel kel
Quote green~tea 14-2-2023 08:48 AM
17k???? Alah, gelang sejurai je lah dapat nye..
Quote gigahertz 14-2-2023 12:29 PM
kalau meniaga kedai emas yang datang tu lelaki.
konon nak beli emas. hati hati.
lagi lagi datang pada hari working hour. pukul 4 petang.
patut orang semua berterumba balik kerja.
ada pulak lelaki datang beli emas.
Quote vanillaninja 14-2-2023 01:44 PM
Kemain upgrade pun, dari RM1K terus ke RM17K.
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 03:08 PM
kelate.....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055592 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top