CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Maut Kemalangan, Ulang Alik Naik Motor 100 KM Setiap Hari Pergi Kerja

13-2-2023 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3544| Komen: 41

GEORGE TOWN – Jururawat yang maut dalam kemalangan di Jalan Tun Sardon, di sini pagi tadi dikatakan berulang-alik dengan motosikal dari rumahnya di Sungai Pinang, Balik Pulau ke Bertam, Kepala Batas setiap hari.


Norliana@Norsyazwani Roslan, 29, disahkan meninggalkan dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 9.30 pagi akibat kecederaan parah pada kepala dan perut.

Suaminya, Syukur Zainol, 29, berkata, isterinya yang berkhidmat sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di Jalan Perak enam tahun lalu kini sedang menyambung kursus Diploma Lanjutan Kebidanan di sebuah kolej kejururawatan di Bertam.


Foto: Kosmo

Jarak perjalanan sehala dari Balik Pulau Ke Bertam adalah sejauh 50 kilometer (km).

Dakwa Syukur, Norliana yang hanya memiliki lesen menunggang motosikal itu dijangka akan tamat pengajian pada minggu ini.


“Saya terkejut sebaik menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan isteri terlibat kemalangan pagi tadi. Dia (Norliana) keluar dari rumah pada pukul 6.15 pagi.

“Sebelum keluar rumah, kami sempat bersalaman. Dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap tetapi semalam, dia ajak saya bawa anak-anak ke tepi pantai di Batu Feringghi.

“Dia juga ada tempah baju jalan berwarna kuning di Shopee untuk dipakai seragam dengan dua anak kami berusia lapan bulan dan lima tahun,” katanya kepada Kosmo! di pekarangan Unit Forensik, Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Beritahu Syukur lagi, dia reda dengan pemergian isteri tercinta dan menyifatkan Norliana sebagai seorang yang pendiam serta penyayang.

Jenazah Norliana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang di Balik Pulau hari ini selepas semua urusan bedah siasat selesai dijalankan.

Terdahulu, kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi tadi melibatkan motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang Norliana dipercayai bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang dalam perjalanan dari arah Relau ke Balik Pulau.

Penunggang motosikal terbabit yang merupakan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya itu dilaporkan maut di tempat kejadian. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 13-2-2023 06:43 PM
Kesiannya..salam takziah...
Quote jazaa100 13-2-2023 06:48 PM
Dua² meninggal ke?....
Quote kepompong 13-2-2023 07:45 PM
baca macam 2-2 meninggal. tapi berita cerita detail sorang aje. Yang kesian sbb minggu ni katanya minggu terakhir belajar. Dah nak puasa mmg ramai org meninggal
Quote Nana_Man 13-2-2023 07:46 PM
Salam takziah… sedih fikirkn anak2 yg kecik. Mesti tercari2.
Quote gigahertz 13-2-2023 08:01 PM
kepompong replied at 13-2-2023 11:45 AM
baca macam 2-2 meninggal. tapi berita cerita detail sorang aje. Yang kesian sbb minggu ni katanya mi ...

Itu pasal org kata perempuan x manis bawak motor.
Lagi lagi bini orang.
Kalau i jadi suami dia i akan salahkan diri sendiri
Kenapa i tak beli kereta.
Isteri mati suami takpe. Boleh besar anak sengsorang
Tapi suami mati isteri mmg mati kutu.
Pening la si suami nak mengurus semua.
Quote rosmahisham 13-2-2023 08:02 PM
Innalillah..salam takziah..sedih baca
Quote haruslah 13-2-2023 08:36 PM
50km jauh tu...
Kalau bwk 80kmj dln 40min
Pompuan lak tu...pagi2 gelap
Quote kuzaime 13-2-2023 08:43 PM
Takziah utk keluarga sedihnya anak2 masih kecik lagi
Quote Carcosa 13-2-2023 08:51 PM
Kesiannya dkt anak2.... Huhu. Mesti cari2 mana mak.
Husband tu meols sure, nnti adalah tu cari yg baru. Anak2 tu.... Alahh sayunya hati...
Quote acikhan 13-2-2023 08:53 PM
allahu, sedih nyer...alfatihah utk arwah...ank2 kecik lg mesti Cari ibu die
Quote liyamariska 14-2-2023 03:29 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Quote rogayahtop 14-2-2023 04:26 AM
Salam takziah.
Quote spankee_fili 14-2-2023 06:45 AM
gigahertz replied at 13-2-2023 08:01 PM
Itu pasal org kata perempuan x manis bawak motor.
Lagi lagi bini orang.
Kalau i jadi suami dia i  ...

Artikel cakap arwah ada lesen moto je, mungkin tak pandai bawak kereta
Macam kakak iols fobia menda tah dengan kereta
Tapi ada member yg fobia both, moto keta so pergi kerja tumpang member2 sampai pencen
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yg beriman, meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu..
Quote cap_ayam 14-2-2023 07:46 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga.
Quote she 14-2-2023 07:57 AM
Kenapa tak pindah duduk Bertam aje
Jauh hari2 berulang naik jambatan

Tapi benda dah jadi
Takziah buat keluarga mangsa
Quote kepompong 14-2-2023 08:10 AM
she replied at 14-2-2023 07:57 AM
Kenapa tak pindah duduk Bertam aje
Jauh hari2 berulang naik jambatan


Bertam tu tempat sambung belajar. Situ mmg ada asrama kan. tapi maybe dia rasa lagi selesa duk rumah sbb ada anak .  Dah biasa naik motor.. bidan kan mmg lasak bidan2 ni
Quote stingerpressor 14-2-2023 08:12 AM
Innalillah....salam takziah buat ahli keluarga...

DiambilNYA waktu dlm perjalanan (jihad) mencari rejeki....

Quote supernaturalee 14-2-2023 08:13 AM

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga.


btw
polis yg berlanggar pun meninggal
xde ke story dia

Quote vanillaninja 14-2-2023 08:19 AM
Kesiannya yang kecik baru 8 bulan. Salam takziah, semoga diberikan ketabahan dan dipermudahkan urusan. I drive sehala tak sampai 50km pun rasa dah cukup jauh, ni kan lagi naik motor.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.245812 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top