CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Kilat Di Kuala Lumpur Dan Selangor

13-2-2023 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1592| Komen: 16

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

Menerusi Facebook Info Trafik Kuala Lumpur dan Selangor, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) mengalami kesesakan lebih satu jam akibat banjir kilat.



Kosmo

“Trafik sesak dari arah Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) ke arah Country Heights dan kelewatan juga dijangkakan dari arah bertentangan dari Sungai Ramal di Lebuh Raya Kajang SILK.

“Di sekitar Kuala Lumpur, banjir kilat telah menambahkan lagi kelewatan di kawasan berikut iaitu Jalan Parlimen, Jalan Damansara, Jalan Travers, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Maharajalela, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Lebuh Raya Bukit Jalil,” katanya.

Tambahnya, di Jalan Kinabalu, Cheras, terdapat penutupan jalan penuh berhampiran Jalan Gereja ekoran daripada pokok tumbang.


Sementara itu menurut perkongsian seorang penduduk Bangi di Facebook Komuniti Bandar Baru Bangi, banjir kilat turut terjadi di sekitar bulatan Seksyen 7, Fasa 4 Tambahan dan Jalan Reko.

Ujarnya keadaan banjir kilat tersebut berbahaya kepada penunggang motosikal.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat petang nanti. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 13-2-2023 06:38 PM
ada gambar tak?
Quote Kitty_catz 13-2-2023 07:15 PM
mmg tak nampak apoooooooo, esp kalau air bah melimpah2 atas windscreen

redho aje takde keta ke muto depan tu sbb 0 visibility

Quote gigahertz 13-2-2023 08:05 PM
Kitty_catz replied at 13-2-2023 11:15 AM
mmg tak nampak apoooooooo, esp kalau air bah melimpah2 atas windscreen

redho aje takde keta ke muto ...

U doa kat tuhan . Alihkan hujan tu ke batu pahat boleh tak ?
Panas la. Nak pasang aircon mahal la pulak
Quote CiliPadiSedap 13-2-2023 08:06 PM
Kitty_catz: mmg tak nampak apoooooooo, esp kalau air bah melimpah2 atas windscreenredho aje takde keta ke muto depan tu sbb 0 visibility


kalau cmtu xpe teruskan je perjalanan yg penting jaga jarak dengan kereta depan buka semua lampu yg aa dalam kereta

Quote CiliPadiSedap 13-2-2023 08:06 PM
gigahertz replied at 13-2-2023 08:05 PM
U doa kat tuhan . Alihkan hujan tu ke batu pahat boleh tak ?
Panas la. Nak pasang aircon mahal la  ...

bungkuskan nasi baryani bawah pokok kt jambatan batu pahat tu. dh 2 tahun xsinggah situ.
Quote gigahertz 13-2-2023 08:24 PM
CiliPadiSedap replied at 13-2-2023 12:06 PM
bungkuskan nasi baryani bawah pokok kt jambatan batu pahat tu. dh 2 tahun xsinggah situ.

Mana ada dah acik tu
Quote CiliPadiSedap 13-2-2023 09:20 PM

yg kat baryani food court tu ada lg ke? ke dh pindah. tepi jambatan tu l

baryani ni sekali sekala makan boleh. banyak kali kepala pening rempah dia lg pekat dari nasi minyak. kalau nak light2 makan nasi minyak pantai timur. rasa tawar rasa xde rempah dan kepala xpening
Quote gigahertz 13-2-2023 09:40 PM
CiliPadiSedap replied at 13-2-2023 01:20 PM
yg kat baryani food court tu ada lg ke? ke dh pindah. tepi jambatan tu l

baryani ni sekali sekala ...

Seingat i tepi jambatan tu dah kosong sis.
Betul.ke u makan nasi beriani ?
Ntah ntah...
Quote CiliPadiSedap 13-2-2023 09:44 PM
gigahertz replied at 13-2-2023 09:40 PM
Seingat i tepi jambatan tu dah kosong sis.
Betul.ke u makan nasi beriani ?
Ntah ntah...

setakat ni rasa nasi baryani. ye ke? takkan hantu siang2 ada. vokuru biasa kerja malam. ni jambatan batu pahat kan? bukan sarang buaya .

bangunan color coklat naik tangga. ingat2 lupa.
Quote Kitty_catz 14-2-2023 08:17 AM
gigahertz replied at 13-2-2023 08:05 PM
U doa kat tuhan . Alihkan hujan tu ke batu pahat boleh tak ?
Panas la. Nak pasang aircon mahal la  ...

you mai la pindah duk kl nehh.. skang ni almost tiap2 petang hujan mencurah2 bagaikan tiada hari esok
Quote Kitty_catz 14-2-2023 08:21 AM
CiliPadiSedap replied at 13-2-2023 08:06 PM
kalau cmtu xpe teruskan je perjalanan yg penting jaga jarak dengan kereta depan buka semua lampu y ...

cemaner nak stop, dah atas jalan ni part yg air bertakong tepi jalan , then keta lalu, kan melimpah2 atas windscreen, masa tu plg bahaya sbb tak nampak apa, wiper tak cukup laju nak tepis air tu, meols nak break takut keta belakang plak langgo

kut ada muto2 tu please ya beringat, keta mmg tak nampak, better angpa duk la bawah jembatan tunggu ujan reda
Quote rosedemon 14-2-2023 08:46 AM
oo ekk? so?
Quote gigahertz 14-2-2023 12:01 PM
CiliPadiSedap replied at 13-2-2023 01:44 PM
setakat ni rasa nasi baryani. ye ke? takkan hantu siang2 ada. vokuru biasa kerja malam. ni j ...

bangunan coklat ? rasanya dah kosong bangunan tu sis.
sis gi sana pukul 1 pagi ke sis ?
Quote gigahertz 14-2-2023 12:04 PM
Kitty_catz replied at 14-2-2023 12:17 AM
you mai la pindah duk kl nehh.. skang ni almost tiap2 petang hujan mencurah2 bagaikan tiada hari e ...

i baru je lari dari shah alam ke batu pahat 3 minggu lepas.
kontrak rumah sewa dah tamat. sebab kalau nak pindah better pindah sekarang.
kalau pindah lepas April 2023 nanti dah tak guna.

but u dont worry i akan ulang alik Batu Pahat ke shah alam esok dan lusa.
Quote kechikchomel 14-2-2023 12:16 PM
Trafik sesak dari arah Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) ke arah Country Heights dan kelewatan juga dijangkakan dari arah bertentangan dari Sungai Ramal di Lebuh Raya Kajang SILK.
adik iolss memang lalu sini pergi balik kerja.semalam dia lalu tempat lain nak balik rumah.
dia cakap dari upm tu dah nampak panjangggg kereta bersusun. tu yg lari tempat lain
Quote miszclassique 14-2-2023 12:25 PM
Ku tengah kat langkawi panas meghelitttt
Kat kl hujan rupanya

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.104186 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top