Pilu hati melihat mayat kanak-kanak lelaki ditemui petang ini di sebalik timbunan sampah. BH Online melaporkan, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun, hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, pada Sabtu.
Mangsa kedua dalam kejadian itu ditemui jam 5.10 petang dan usaha membawanya keluar sedang dijalankan. "Mangsa ditemui lebih kurang 400 meter dalam timbunan sampah," kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dalam kenyataan hari ini. Media Sabtu lalu melaporkan dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana.
Sementara itu, seorang lagi mangsa berusia lapan tahun iaitu Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan ditemui pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh jam 6.30 petang semalam. - CARI |
ADVERTISEMENT