Seorang lelaki dibunuh dipercayai kerana menjalin hubungan intim dengan kekasih kawan sendiri. Utusan Malaysia melaporkan, mayat warga tempatan berusia 43 tahun ditemui di sebuah tasik di Cyberjaya, malam Sabtu lalu.
Siasatan awal mendapati, mangsa berasal dari Puchong, Selangor. Susulan kejadian, tiga lelaki warganegara India berusia antara 23, 41 dan 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, dua suspek ditahan pukul 8 malam semalam di hadapan rumah Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Kampung Sri Aman Puchong, manakala seorang lagi suspek ditahan awal pagi tadi di Taman Puchong Prima. “Kami berjaya merampas tiga unit telefon pintar daripada dua suspek bagi tangkapan pertama. Selain itu, sebilah parang, sehelai seluar jenama Elmer warna hijau dengan kesan darah dan sehelai baju lengan panjang dirampas daripada suspek ketiga.
“Parang berkenaan ditemukan di sebuah kandang lembu di bawah Jambatan Lebuhraya Lingkaran Putrajaya-Cyberjaya oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sepang,” katanya ketika dihubungi hari ini. Ketika disoal siasat, suspek berusia 23 tahun mengaku terlibat membunuh si mati, manakala dua lagi suspek mengaku tidak bersalah. Difahamkan, semua suspek bekerja di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Sri Aman, Puchong, manakala salah seorang daripadanya pernah membantu membersihkan kandang lembu si mati. Suspek direman tujuh hari sehingga 19 Februari, manakala proses bedah siasat mayat dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Serdang, pagi tadi. Terdahulu, media melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah tasik di belakang Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya, dengan lima kesan tetak di bahagian kepada dan tangan. Lokasi mangsa ditemui tidak jauh dari sebuah pacuan empat roda yang turut terjunam dalam tasik sama. Siasatan awal mendapati, mangsa adalah warga tempatan berusia 43 tahun dan berasal dari Puchong, Selangor. – CARI
|
supernaturalee replied at 13-2-2023 04:58 PM
cyber ni medang nye jd tmpt buang mayat
s@s@ replied at 14-2-2023 08:22 AM
geng bau best
supernaturalee replied at 13-2-2023 04:58 PM
cyber ni medang nye jd tmpt buang mayat
green~tea replied at 14-2-2023 08:45 AM
Yang tasik belakang masjid dekat MMU tu kan... situ mmg terkenal jadi tempat orang buang mayat.... ...
green~tea replied at 14-2-2023 08:45 AM
Yang tasik belakang masjid dekat MMU tu kan... situ mmg terkenal jadi tempat orang buang mayat.... ...
green~tea replied at 14-2-2023 08:45 AM
Yang tasik belakang masjid dekat MMU tu kan... situ mmg terkenal jadi tempat orang buang mayat.... ...
pittjie replied at 14-2-2023 09:20 AM
ni kejadian yang dlm posting ni la kut sis. kan mayat ni mmg dia org jumpa dlm 4x4. mmg konon nak ...
supernaturalee replied at 14-2-2023 09:21 AM
silap hari bulan kan t
klu pegi selam2 dlm tasik tu
mau ada lagi mayat
kitaserupaaa replied at 14-2-2023 09:20 AM
Ingatkan tasik cyberjaya tu jauh gak dari.jalan / parking. Macam tak logik pula kereta terbabas masu ...
sailormars replied at 13-2-2023 09:15 PM
sian...tak berbaloi...awak ingat lepas awak bunuh org tu awek awak nak setia dgn awak...silap2 awak ...
kepompong replied at 14-2-2023 08:25 AM
nak kena berenti keje ke uols
dorang cari ip tau
ADVERTISEMENT