Nadya Syahera mendedahkan pernah menjadi seperti mayat hidup selama dua minggu gara-gara terkena gangguan sihir daripada pembantu rumah sendiri. Katanya, pengalaman getir awal tahun lalu itu hanya disedari sepupu yang tinggal di rumahnya selepas melihat keadaan tidak menentu dia sekeluarga sebaik wanita usia lingkungan 50-an itu mula bekerja di situ.
Cerita Nadya, 29, kejadian tersebut berlaku ketika dia hamil anak ketiga pada usia kandungan memasuki trimester pertama dan memerlukannya mengambil pembantu bagi menjaga dua lagi anaknya. “Jika tiada bukti saya tidak akan membuat tuduhan melulu. Mujur dia hanya sempat bersama kami dalam tempoh setengah bulan, itu pun macam-macam tanda ahli keluarga saya nampak. “Cuma saya dan suami tak syak apa-apa biarpun pernah terjumpa cecair seperti minyak dicurahkan di penjuru bilik air di dalam bilik tidur kami, bulu burung dan sebagainya.
“Sepanjang dua minggu dia di rumah kami, jadi bodoh macam tak ingat apa-apa sampai satu tahap saya terlantar macam mayat hidup tapi doktor sahkan tiada penyakit hingga kemudian terpaksa panggil ustaz,” katanya.
|
Lily_Elizabeth_ replied at 13-2-2023 07:10 PM
Dia ni lawa lah kan.
Berlesung dagu.
CNtik dia.
rayna_raynes replied at 13-2-2023 06:12 PM
Dia ni takde cerita lain ke? kalau bukan pasal laki buat hal, pasal kena sihir
ADVERTISEMENT