View: 5188|Reply: 28
|
Nadya Syahera Dah Macam Mayat Hidup Disihir Pembantu Rumah Sendiri
[Copy link]
|
|
Nadya Syahera mendedahkan pernah menjadi seperti mayat hidup selama dua minggu gara-gara terkena gangguan sihir daripada pembantu rumah sendiri.
Katanya, pengalaman getir awal tahun lalu itu hanya disedari sepupu yang tinggal di rumahnya selepas melihat keadaan tidak menentu dia sekeluarga sebaik wanita usia lingkungan 50-an itu mula bekerja di situ.
Cerita Nadya, 29, kejadian tersebut berlaku ketika dia hamil anak ketiga pada usia kandungan memasuki trimester pertama dan memerlukannya mengambil pembantu bagi menjaga dua lagi anaknya.
Foto: IG
“Jika tiada bukti saya tidak akan membuat tuduhan melulu. Mujur dia hanya sempat bersama kami dalam tempoh setengah bulan, itu pun macam-macam tanda ahli keluarga saya nampak.
“Cuma saya dan suami tak syak apa-apa biarpun pernah terjumpa cecair seperti minyak dicurahkan di penjuru bilik air di dalam bilik tidur kami, bulu burung dan sebagainya.
“Sepanjang dua minggu dia di rumah kami, jadi bodoh macam tak ingat apa-apa sampai satu tahap saya terlantar macam mayat hidup tapi doktor sahkan tiada penyakit hingga kemudian terpaksa panggil ustaz,” katanya.
Kejadian tersebut menyebabkan pelakon drama Dia Semanis Honey itu yang melahirkan anak ketiga pada Ogos tahun lalu trauma untuk mengambil pengasuh lain.
Disebabkan itu, Nadya sanggup berehat seketika dari arena seni bagi memberi tumpuan terhadap si kecil memandangkan suaminya, Mohd. Hafizul Md. Nawi kerap ke luar daerah atas urusan perniagaan.
“Ikutkan setahun saya tak ambil apa-apa tawaran berlakon sebab tiada pengasuh. Sepanjang tempoh itu memang rindu nak kembali ke set tetapi saya simpan hasrat itu sampailah sekarang apabila anak ketiga sudah cecah usia 10 bulan.
“Kalau nak berlakon untuk tempoh sekejap dan lokasi pula di sekitar sini (ibu kota) boleh saja, begitu juga kerja pengacaraan. Tiada masalah kalau tak ambil masa panjang.
“Cuma untuk ambil pembantu rumah baharu jaga anak-anak bagi membolehkan saya keluar bekerja, mungkin tidak. Saya masih trauma,” luahnya kepada Kosmo! Online pada majlis pelantikannya sebagai duta rangkaian produk penjagaan kulit Nano Cosmetics, baru-baru ini.
Bercerita lagi mengenai situasi dilalui keluarga kecilnya, selepas memberhentikan pembantu rumah, mereka terpaksa tinggal sementara di gudang kerana dia masih ternampak kelibat wanita itu di rumahnya.
Malah tidak mahu terus berdepan gangguan dan ditakuti menjejaskan mentalnya yang turut melalui episod tekanan, mereka mengambil keputusan berpindah ke kediaman lain.
Terdahulu, rumah tangga Nadya bersama Hafizul yang didirikan pada 2015 diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 10 bulan. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Spesis bella juga ni. Sendiri x happy dalam marriage, disalahkan sihir, gangguan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni takde cerita lain ke? kalau bukan pasal laki buat hal, pasal kena sihir |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lawa lah kan.
Berlesung dagu.
CNtik dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasang la cctv kt rumah tu..kalau tak buat..mmg la org tuduh mcm2 kt hang..padahal benda2 camni mmg ada je terjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kan yg meroyan laki tak tolong jaga anak, tak tolong keje2 umah, tgk2 pregnant lg plak..ke i salah org ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni yg melatah tu ke...
Adik pijo omar eh |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 la budàk kola nerang kalkulator ni. Abis tu bila jumpa benda aneh2 tu hang tak melatah ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Dorg ni kan yg buka aib sendirik kawen sbb mak dia bimbang dia dan bf (ms tu) asyik bercuti berdua je sampai obersea. Tk silap aku tk lama pas kawen, dia pun terberanak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edisi calculator... Laki dia dulu siap buat vote nak cerai ke idak kan, pastu kes scandal lah.. Macam2... Tiap kali Gaduh, ngandung |
|
|
|
|
|
|
|
tak habis2 la sihir2 bagai.... ko sapeeeee sampai bibik ko tu nak sihir bagai semua...
bukan dapat apa pun... membazir air liur jah dok membacam mentera dan siap sedia bahan sihir semua macam si ali hitam bongok... membazir je duk tabur garam dan daun limau purut... |
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali nama dia naik sini forumer tak pernah backup dia sebab semua nyampah dgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
Ropa sheols dengan sihir berpisah tiada. Kemonlah, jin pon kompius apa spesialnya sheols sehingga tegar bibik atau sapa² nak mandremkan. Buat rugi duit bayar pengeras sajork. |
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_ replied at 13-2-2023 07:10 PM
Dia ni lawa lah kan.
Berlesung dagu.
CNtik dia.
dulu muda2 kan model muslimah dia ni
...jadi cover majalah muslimah dara.com ke apatah dah lupa la aku
masa tu tatau lah dah melatah ke belom |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 13-2-2023 06:12 PM
Dia ni takde cerita lain ke? kalau bukan pasal laki buat hal, pasal kena sihir
Baru nk ckp.dia suka buat marketing kan diri dia biar disebut balik.dulu kes suami curang apa ntah..rupanya tipu je org ckp.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maid ko tak tahan mulut ko tu, asyik melatah je keje. |
|
|
|
|
|
|
|
elok lah dah tak berlakon lagi.. kalau tak lagi kuat propa plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Cleocatra replied at 14-2-2023 04:56 AM
Pos dulu gambar seperti mayat hidup sebagai bukti. Baru ummah malaisia purcaya..
Aku pun ingat dia upload gambar kat ig. Sebab thread selalu orang bukak ceduk cerita kat ig je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|