CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

98 Suspek Diberkas, Ramai Mangsa Gempa Turkiye Kena Scam & Bangunan Dirompak

13-2-2023 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1435| Komen: 8

98 suspek dipercayai merompak banguan-bangunan yang rosak di Turkiye, diberkas kelmarin.

Agensi berita tempatan, Anadolu Agency dipetik Kosmo! melaporkan, mereka juga menipu sebilangan mangsa gempa bumi dengan membuat panggilan palsu.


Kesemua suspek ditahan selepas siasatan dilakukan di lapan wilayah. Malah difahamkan, di wilayah Hatay sahaja, sekurang-kurangnya 42 individu diberkas.


Erdogan bertemu dengan mangsa gempa bumi yang terselamat ketika beliau melawat pusat bandar yang musnah di Kahramanmaras, selatan Turkiye. - Foto AP

Polis juga merampas wang tunai dalam mata wang dolar Amerika berjumlah AS$11,000 (RM47,643), 70,000 lira Turkiye (RM16,099), 20 telefon bimbit, lapan komputer riba, lima perkakasan, enam pucuk pistol dan tiga raifal selain barangan kemas dan kad bank milik beberapa individu, kata sumber polis.

Menurut laporan, dua suspek menyamar sebagai pekerja bantuan kemanusiaan ditahan selepas cuba merompak dua buah lori dipenuhi bekalan makanan untuk mangsa gempa di wilayah Hatay.

Sementara itu, enam suspek diberkas di daerah Beykoz di Istanbul kerana menipu sebilangan mangsa gempa bumi di bandar Gaziantep menerusi panggilan telefon.

Seorang mangsa, Nedim Akarsu mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja telekomunikasi yang kononnya boleh membantu mangsa selepas  memberikan maklumat peribadi perbankan.

Dia yang kemudian menyedari duit dalam akaun bank miliknya dipindah ke akaun lain, membuat laporan polis.

“Kerajaan telah mengumumkan perintah darurat. Ini bermaksud bermula sekarang, sesiapa yang terlibat dalam kegiatan merompak atau menculik perlu tahu bahawa tindakan tegas kerajaan menanti mereka,” ujar Presiden Recep Tayyip Erdogan yang berjanji membanteras kumpulan perompak yang mengambil kesempatan daripada kesengsaraan orang lain. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 13-2-2023 03:57 PM
Waktu bencana alam sampai terlalu ramai yang dalam kesusahan. Ada juga malaun yang takde hati perut ambil kesempatan.
Quote namr 13-2-2023 05:03 PM
org tgh susah lagi nak ambik kesempatan mmg jahanam perangai
Quote ninja boy 13-2-2023 05:43 PM
Waktu eksiden jalan raya,  di hospital boleh curi wang emas ini kan pula pencari harta karun di sebalik runtuhan rumah org kaya byk emas berkilo2 dan wang cash beribu2
Quote Poih 13-2-2023 06:03 PM
Hi. I wanted to buy a limousine and a friend of mine recommended me a company that deals with limousines for sale. It also has limo rentals!) It's very convenient. The nice people here helped me to choose a limousine
Quote Dalcott 13-2-2023 06:41 PM
kesian bertimpa2 masalah
Quote grouper 13-2-2023 06:50 PM
Klau hati dah hitam mmg x leh watpe la.. empati mmg xde dlm kamus hidup diorg
Quote kepompong 13-2-2023 07:43 PM
ramai nya 98 orang! ni geng sama ke .
Quote tripleid 14-2-2023 03:15 PM
Turki pun ramai ummah caprut ka..looters mcm ni takde kalau gempa bumi kat jepun.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.042857 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top