CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganiayaan Terhadap Penjawat Awam Negeri, Kor Ming Ditegur PN Perak

13-2-2023 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1565| Komen: 16


Datuk Zainol Fadzi Paharudin menegur tindakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang membuat teguran terbuka terhadap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menerusi media sosial berhubung isu pengurusan sampah di kawasan Teluk Intan.


Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mendakwa perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas menunjukkan suatu serangan terbuka terhadap penjawat awam negeri.



"Saya pun pelik, jika benar penjawat awam itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya seharusnya beliau dipanggil untuk beri penjelasan.

"Anda seorang menteri maka jadilah seperti seorang menteri dan bukan bertindak seperti anda seorang pencipta kandungan menggunakan media sosial menyatakan kekesalan anda," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Terdahulu, Kor Ming menerusi Twitter memuat naik gambar dan menyatakan kekecewaan terhadap MPTI yang didakwa gagal menangani masalah pengurusan sampah hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.




"Apakah beliau terlepas pandang Anwar sebelum ini menyentuh jika kakitangan bawahan mahu menegur menteri atau pegawai atasan perlulah guna mekanisme seperti pertemuan setiap hari termasuk mesyuarat bulanan.

"Jika menteri mahu menegur boleh guna apa jua cara termasuk media sosial, bagi saya ini satu bentuk penganiayaan terhadap penjawat awam negeri," tambahnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 13-2-2023 01:30 PM
Pada masa sama memperlihatkan kelemahan dia sbg muntri…
Quote zamzam 13-2-2023 01:33 PM
Highflyer19 replied at 13-2-2023 01:30 PM
Pada masa sama memperlihatkan kelemahan dia sbg muntri…

Menteri pembangkang.
Quote primarikey 13-2-2023 01:38 PM
Masih feeling2 pembangkang lg ke cacai ni
Quote zamzam 13-2-2023 01:38 PM
Masa aku kerja dgn org putih dulu hubungan sesama management staff sgt dijaga. Ada masalah perlu diselesaikan dgn baik dan tidak berdebat di khalayak. Kalau nak tegur staff bawahan pun perlu berhemah. Term yg diguna ialah 'reprimand' bukan scold. Tp bila tukar dpt boss cina asik cincau cincau sana sini tak kira di mana. Boss melayu dan India oklah tahu jaga air muka pekerja.
Quote axl_bach 13-2-2023 01:52 PM
Bodoh sungguh x reti guna proper channel.... Ko buat mcm tu Ibarat ko buka aib kementerian ko lah Ming oiiii
Quote SWORKS27 13-2-2023 02:07 PM
menteri bodo yg bersifat seperti pembangkang..skrg dia ada kuasa kot...apa yg kau nak kecewa..kau lahirkan rasa kecewa tu ibarat mengambarkan kelemahan kau sebagai menterik....
Menteri bodo lahir dari pengundi yg bodo
Quote airmineral 13-2-2023 02:18 PM
menteri xguna proper channel
sila expect rakyat buat benda yg sama

sbg menteri kpkt, jadikan la perkara ni sbg KPI
Quote abas8888 13-2-2023 02:20 PM
rasanya ni pancing je ni...masalah pengurusan sampah di perak dah lama dah...nanti kita tengok siapa yg kena...
Quote SWORKS27 13-2-2023 02:37 PM
abas8888 replied at 13-2-2023 06:20 AM
rasanya ni pancing je ni...masalah pengurusan sampah di perak dah lama dah...nanti kita tengok siapa ...

mana2 tempat sama ja...isunya skrg, komeng ni mcm personal attack YDP ni..tau la komeng ni MP Teluk intan..tapi dia punya bodo x boleh bincang....
Quote tripleid 13-2-2023 02:48 PM
Dah lama la tu ydp mkn gaji buta masalah sampah x selesai2..

Kena tegur direct gini ngn bos baru nak buat keja kot..
Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 02:52 PM
adakah kerajaan PH bakal berkubur????
Quote abas8888 13-2-2023 03:14 PM
SWORKS27 replied at 13-2-2023 02:37 PM
mana2 tempat sama ja...isunya skrg, komeng ni mcm personal attack YDP ni..tau la komeng ni MP Telu ...

masalah pengurusan sampah kat perak memang dah keluar paper tahun lepas ke dua tahun lepas...negeri lain tak tau pulak..
Quote TOPwind 13-2-2023 03:32 PM
yg beri kuasa pada dia ni melayu

jadi dia gunalah kuasa tu sepenuhnya
Quote Decaffeinated 13-2-2023 03:45 PM
axl_bach replied at 13-2-2023 01:52 PM
Bodoh sungguh x reti guna proper channel.... Ko buat mcm tu Ibarat ko buka aib kementerian ko lah Mi ...

Baca tweet tu juga jangan hanya dengar royanan orang yang kalah PRU

Nga Kor Ming pukul keliling


Quote tikusmontok 13-2-2023 03:59 PM
Dari piyem sampai muntri, masih bermentaliti pembangang eh pembangkang
Quote SWORKS27 13-2-2023 04:19 PM
abas8888 replied at 13-2-2023 07:14 AM
masalah pengurusan sampah kat perak memang dah keluar paper tahun lepas ke dua tahun lepas...neger ...

ada...x semestinya keluar dalam paper

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.038220 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top